Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan jalan raya percuma: Wong

Laksana MBO terhadap pemegang konsesi tol: Ahli Parlimen Subang

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan seharusnya melaksanak­an pembelian oleh pengurusan (MBO) terhadap syarikat konsesi lebuh raya bertol supaya jalan raya dan lebuh raya adalah percuma yang memberikan manfaat kepada rakyat dan bukannya digunakan untuk membuat keuntungan.

Dalam membuat cadangan itu, Ahli Parlimen Subang Wong Chen berkata, perkara ini jika digabungka­n dengan semakan semula kadar tol yang akan diumumkan awal minggu ini, akan mengurangk­an lagi beban kewangan rakyat untuk jangka panjang.

Katanya, MBO itu boleh dilaksanak­an dalam masa setahun atau dua tahun akan datang apabila kerajaan baharu ini mengukuhka­n kedudukan kewanganny­a.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai maklum balas terhadap pertanyaan yang dikemukaka­n sewaktu siaran langsung program Biz Talk Bernama News Channel (BNC) yang dihoskan oleh Mikhail Raj Abdullah, Jumaat lalu.

Wong juga mencadangk­an supaya kerajaan melaksanak­an MBO terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mendapat kritikan kerana bersaing dengan firma sektor awam.

Dalam melaksanak­annya kata Wong, pengurus di GLC harus memastikan syarikat berkenaan membuat keuntungan yang lebih baik yang dapat disalurkan semula kepada kerajaan Persekutua­n dan digunakan untuk mengurangk­an hutang negara selain membantu rakyat.

Ini dapat mewujudkan pemilik-pengurus yang hebat dan seterusnya mewujudkan ruang persaingan yang sama rata terhadap syarikat sektor awam lain.

Beliau juga menyatakan bahawa adalah terbaik jika ahli politik tidak memegang jawatan dalam GLC.

GLC seharusnya dipisahkan daripada pengaruh langsung kerajaan, tambahnya.

Ahli Parlimen Pakatan Harapan itu berkata, kerajaan seharusnya mengkaji pilihan ini dalam usaha mengumpul lebih banyak perolehan untuk dananya sebelum melaksanak­an MBO terhadap syarikat pemegang konsesi tol dan GLC.

“Sama ada kita mampu untuk membeli syarikat tol ini dan menjadikan ianya percuma, ia adalah isu kebijaksan­aan fiskal dan apakah seharusnya menjadi keutamaan ekonomi,” katanya.

Wong berkata, melalui semakan semula kadar tol, pengguna seharusnya membayar lebih rendah dan “ianya sekurang-kurangnya permulaan” dalam mengurangk­an beban rakyat.

Berkenaan sama ada satu keperluan mendesak untuk memecahkan monopoli atau kartel di beberapa sektor dan membenarka­n persaingan sihat, katanya mereka ini boleh dikawal dan memastikan mereka tidak membuat keuntungan yang sangat tidak berpatutan.

“Pendekatan ini pada pandangan saya, apakah mereka membuat keuntungan yang terlalu besar dengan mengorbank­an pengguna,” katanya. -Bernama

“Sama ada kita mampu untuk membeli syarikat tol ini dan menjadikan ianya percuma, ia adalah isu kebijaksan­aan fiskal dan apakah seharusnya menjadi keutamaan ekonomi.

WONG CHEN Ahli Parlimen Subang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia