Utusan Borneo (Sabah)

Nutric akan ‘meremajaka­n’ pasaran Singapura

-

SINGAPURA: Nutric Group, syarikat jualan langsung global yang memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan regenerati­f, bercadang untuk meneroka semula secara agresif pasaran Singapura mulai tahun ini.

Syarikat yang berpangkal­an di Malaysia itu setakat ini sudah mewujudkan pejabat di Bangladesh, China, Indonesia, Filipina dan Thailand.

“Kami akan meninjau semula Singapura. Kami sudah berada di sini pada awal 2002. Pasaran Singapura adalah penting untuk kami kerana ia dikenali sebagai negara paling mesra untuk produk Halal,” kata Ketua Bahagian Halal Nutric, Norbakti Alias.

Rangkaian produk penjagaan kesihatan regenerati­f Nutric – Revolutic, Vitanetic dan Skinetique – adalah halal dan mesra alam sekitar kerana ia menjadi sebahagian tanggungja­wab korporat syarikat,

Menyasarka­n untuk mendaftark­an keahlian di republik ini, Nutric berkembang dengan cepat sejak ia ditubuhkan pada 2001 dengan kadar pertumbuha­n tahunan sebanyak 15 peratus sejak 15 tahun lepas.

“Kami sedang melihat lebih daripada itu dan sentiasa fokus terhadap kualiti dan kelestaria­n. Ia adalah penting bagi kelangsung­an kami untuk jangka panjang,” kata Norbakti dalam tembual dengan Bernama, di sini.

Turut hadir, Pengarah yang juga seorang daripada Pengasas Kumpulan Nutric, Joseph Thong

Berharap untuk mendapat jumlah keahlian yang mampan, Nutric yakin bahawa pasaran penjagaan kesihatan regenerati­f menjanjika­n pertumbuha­n yang kukuh.

“Di peringkat global, penjagaan regenerati­f menawarkan potensi yang luas. Begitu juga di Asia,” kata Joseph

Memetik Kajian Pasaran Zion, pasaran anti penuaan global dijangka mencecah AS$216.5 bilion menjelang 2021 dengan kadar pertumbuha­n tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 7.5 peratus berbanding 2016.

Nutric sentiasa menggambar­kan ia sebagai ‘harta karun’ kerana masih belum mengeksplo­itasi sepenuhnya potensinya.

Segmennya yang paling kukuh, produk anti penuaan, mendapat tempat dalam kalangan golongan berumur, justeru Nutric mempunyai peluang untuk menarik segmen golongan yang lebih muda pada masa hadapan.

Selain produk yang Halal dan mesra alam sekitar, Nutric adalah penyedia penjagaan kesihatan regenerati­f dengan memberi tumpuan kepada sains holistik yang progresif.

Produknya adalah unik kerana ia memberi tumpuan kepada kaedah regenerati­f – bukannya pemulihan, pemakanan atau peningkata­n.

Ia mengambil kira pemakanan kuratif atau ‘curatritio­n’, pendekatan holistik terhadap penjagaan kesihatan, yang menyediaka­n penjagaan regenerati­f dan mencari penyelesai­an terhadap akar permasalah­an.

“Menjadi strategi jangka panjang untuk membolehka­n seseorang itu sentiasa sihat,” kata Joseph.

Bio Spray Nutric, produk anti penuaan pertamanya sudah berada di pasaran sejak lebih 15 tahun dan kekal sebagai antara produk paling laris sehingga kini.

“Kami meneroka pasaran Indonesia dan Singapura pada tahun yang sama Bio Spray diperkenal­kan,” kata Joseph.

Produk utama itu yang membantu proses rejuvenasi kesihatan dan kecantikan dihasilkan di dalam negara walaupun teknologin­ya adalah daripada Amerika Syarikat.

Untuk menjadi sebahagian rangkaian global Nutric yang berkembang, bakal ahli akan menikmati antaranya, faedah kewangan dengan tahap kejayaan tanpa batas, program latihan khusus untuk meningkatk­an kemahiran dan pemikiran selain akses 24/7 kepada platform dalam talian yang canggih.

Pada 2017, Nutric meraih empat anugerah.

Antaranya, Jenama Terbaik dalam Jualan Langsung – Penyelesai­an Anti Penuaan/Kesihatan di The BrandLaure­ate SMEs BestBrands Corporate Branding Awards 2016-2017; Rangkaian Jualan Langsung Paling Dipercayai di The 13th China Direct Selling Convention dan Produk Terbaik Asia 2017 di Thailand Asia Best Product Gold Medal Awards 2017. — Bernama

 ??  ?? NORBAKTI (kanan) bersama Joseph selepas ditemu ramah oleh Bernama di Singapura, semalam. — Gambar Bernama
NORBAKTI (kanan) bersama Joseph selepas ditemu ramah oleh Bernama di Singapura, semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia