Utusan Borneo (Sabah)

Keputusan IOI Properties telah terjejas ekoran sumbangan projek yang rendah

-

KUALA LUMPUR: IOI Properties Group Bhd mencatat keuntungan bersih yang lebih tinggi, sebanyak 49.4 peratus atau RM170.44 juta, pada suku ketiga berakhir 31 Mac, 2018, berbanding setahun lepas.

Bagaimanap­un, syarikat itu berkata keuntungan sebelum cukai sebanyak RM221.7 juta itu susut 38 peratus, tahun ke tahun, selepas mengecuali­kan duti setem tambahan pembeli sekali, pada suku sebelumnya dengan faedah mencecah RM163.9 juta daripada projek kondominiu­m The Trilinq di Singapura, dan keuntungan nilai saksama RM7.4 juta ke atas hartanah pelaburan.

Hasil bagi suku tersebut juga susut kepada RM541.21 juta berbanding RM895.82 juta pada tahun sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia baru-baru ini, IOI Properties berkata hasil dan keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah dari projek pembanguna­nnya di Lembah Klang dan prmbanguna­n hartanah di luar negara.

Segmen pembanguna­n hartanah mencatatka­n pendapatan sebanyak RM409.6 juta dan keuntungan operasi sebanyak RM138.3 juta pada suku yang sama, masing-masing sebanyak 47 peratus dan 53 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Prestasi kumpulan lebih rendah pada suku tahun semasa terutama disebabkan oleh sumbangan keuntungan yang lebih rendah daripada projek pembanguna­n di Lembah Klang (dan selebihnya) di seluruh negara, dan baki unit yang kecil untuk dijual di The Trilinq, Singapura dan D3 Residence di Xiamen, China,” kata syarikat itu.

Walaupun keadaan pasaran yang mencabar, IOI Properties menjangkak­an mencatat prestasi yang memuaskan dalam tahun kewangan 2018 disebabkan oleh bank tanah yang besar di lokasi strategik di Malaysia dan di luar negara, serta jualan belum dibilkan sebanyak RM990 juta.

“Kumpulan itu akan terus memulakan usaha pemasaran dan inisiatif untuk membuka peluang jualan di Malaysia. Di peringkat antarabang­sa, kumpulan itu melancarka­n penjualan projek kediamanny­a di Xiamen pada suku terakhir tahun kewangan,” kata syarikat itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia