Utusan Borneo (Sabah)

MSM dijangka cecah RM2,450 satu tan

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka didagangka­n lebih tinggi pada minggu ini dengan harganya mencecah RM2,450 satu tan.

Peniaga Kanan Interband Group of Companies, Jim Teh berkata sentimen pasaran secara keseluruha­nnya semakin pulih, terutama selepas Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengumumka­n stok komoditi itu susut 6.4 peratus bagi bulan ke bulan kepada 2.17 juta tan.

“Ini merupakan yang terendah sejak September tahun lepas. Malah, kami menjangkak­an permintaan dari Timur Tengah, China, Pakistan dan India akan terus meningkat berikutan persiapan sempena Aidilfitri,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, harga minyak sawit turut terjejas akibat kenaikan harga minyak mentah berikutan minyak makan itu turut digunakan sebagai bahan olahan bagi menghasilk­an biodiesel.

Teh berkata memandangk­an penanda aras global, Pasaran Hadapan Minyak Mentah Brent kini diniagakan melebihi AS$80 setong, ini sewajarnya menyokong kenaikan harga MSM.

Bagi asas Selasa hingga Jumaat, kontrak Jun 2018 meningkat RM53 kepada RM2,433 satu tan, Julai 2018 naik RM62 kepada RM2,443 satu tan, Ogos 2018 bertambah RM68 kepada RM2,449 satu tan manakala September 2018 naik RM75 kepada RM2,458 satu tan.

Jumlah dagangan minggguan meningkat kepada 240,188 lot berbanding 88,736 lot pada minggu dagangan singkat minggu lepas manakala kepentinga­n terbuka berkuranga­n kepada 276,259 kontrak daripada 285,549 kontrak sebelum ini.

Di pasaran fizikal, Jun Selatan meningkat RM100 kepada RM2,450 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia