Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak niaga hadapan KLCI dijangka tinggi minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka diniagakan tinggi minggu ini didorong unjuran kukuh ke atas pasaran tunai.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata FBM KLCI disasarkan mencecah paras 1,880 minggu depan dipacu oleh peningkata­n harga minyak mentah, dasar monetari yang akomodatif serta sentimen pengguna lebih baik.

Beliau berkata pasaran itu akan memantau pembentuka­n kabinet oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai Pakatan Harapan setelah menang menentang Barisan Nasional menerusi pilihan raya umum baru-baru ini.

“Komposisi kabinet akan melonjakka­n keyakinan pelabur asing,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baharu berakhir, kontrak niaga hadapan FBM KLCI ditutup kebanyakan­nya rendah berikutan kekurangan minat belian walaupun pasaran tunai lebih kukuh.

Berasaskan Selasa kepada Jumaat, Mei 2018 meningkat enam mata kepada 1,850, Jun 2018 menokok 6.5 mata kepada 1,849, September 2018 naik tujuh mata kepada 1,847 dan Disember 2018 bertambah 9.5 mata kepada 1,845.5.

Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 51,358 lot daripada 15,584 lot minggu lepas manakala kepentinga­n terbuka susut kepada 34,748 kontrak daripada 37,335 kontrak.

Penanda aras FBM KLCI meningkat 0.06 mata untuk menutup dagangan minggu lepas pada 1,854.5. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia