Utusan Borneo (Sabah)

Tiada pertindiha­n tugas

Antara Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan

-

GEORGE TOWN: Tidak ada sebarang pertindiha­n tugas di antara Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi dan Kementeria­n Kewangan, kata Lim Guan Eng yang dinamakan sebagai Menteri Kewangan.

“Saya rasa tidak, Kementeria­n Kewangan seperti biasa Kementeria­n Kewangan. Saya rasa di Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi adalah dasar seperti yang telah dibuat sebelum ini di bawah JPM (Jabatan Perdana Menteri),” katanya ketika diminta mengulas berkenaan dua portfolio berkenaan, pada Ahad.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan sebelum ini mengumumka­n nama sembilan lagi anggota Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang dilantik sebagai Menteri Persekutua­n, termasuk Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Lim bagaimanap­un berkata ia (jawatan berkenaan) terpulang kepada Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor untuk menerima jawatan tersebut.

“Ini pun terpulang kepada Datuk Seri Azminlah, beliau pun ada hubungi saya semalam...beliau belum membuat keputusan lagi sama ada hendak terima atau hendak lepaskan jawatan menteri besar, jadi kita tunggu keputusan beliau,” katanya.

Sementara itu, berhubung pemansuhan tol di jambatan Pulau Pinang pertama yang pernah dijanjikan PH pada pilihan raya umum baru-baru ini sekiranya PH berjaya mengambil alih Putrajaya, Lim berkata apa yang akan dilaksanak­an terlebih dahulu adalah janji-janji yang dibuat kerajaan Pakatan Harapan dalam tempoh 100 hari.

“Saya sudah sebut sebelum ini bahawa biarlah kita uruskan tentang janji-janji dalam 100 hari. Selepas ini kita akan berikan tumpuan kepada perkara-perkara lain.

“Kita pun kena memberikan pertimbang­an bahawa penyata-penyata kewangan yang telah diumumkan sama ada ia tepat atau tidak, saya rasa kita kena buat semakan dan penyelidik­an yang lebih lanjut lagi yang mana apa saya lihat nampaknya bukan sepertiman­a yang telah diurauraka­n so kita kena berhatihat­i,” katanya.

Beliau berkata apa yang penting masa kini adalah mendapatka­n maklumat kewangan yang sepenuhnya terlebih dahulu.

“Jadi biarlah kita dapat maklumat kewangan yang sepenuhnya dahulu, saya rasa itu lebih pentinglah... kerana kita pun hendak pastikan tidak ada manamana maklumat atau fail yang tidak didedahkan,” katanya.Bernama

“Saya rasa tidak, Kementeria­n Kewangan seperti biasa Kementeria­n Kewangan. Saya rasa di Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi adalah dasar seperti yang telah dibuat sebelum ini di bawah JPM (Jabatan Perdana Menteri),” LIM GUAN ENG Menteri Kewangan

 ??  ?? LIM menunjukka­n replika pengangkut­an di angkasa sambil diperhatik­an Pengarah Urusan China Science and Technology Museum (CSTM), Yin Hao (dua, kanan) pada majlis penyampaik­an replika pengangkut­an berkenaan bersama tiga replika roket bernilai RM 1 juta...
LIM menunjukka­n replika pengangkut­an di angkasa sambil diperhatik­an Pengarah Urusan China Science and Technology Museum (CSTM), Yin Hao (dua, kanan) pada majlis penyampaik­an replika pengangkut­an berkenaan bersama tiga replika roket bernilai RM 1 juta...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia