Utusan Borneo (Sabah)

Anwar temui BJ Habibie di Jakarta

-

JAKARTA: Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mengadakan pertemuan dengan bekas Presiden Indonesia Bacharuddi­n Jusuf Habibie, bersempena sambutan 20 tahun reformasi Indonesia.

Bacharuddi­n atau lebih dikenali BJ Habibie adalah presiden Indonesia ketiga, menggantik­an Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Okt 1999.

Pertemuan itu berlangsun­g di kediaman BJ Habibie di Jalan Patra Kuningan, Jakarta pada 1 petang waktu tempatan.

Anwar dalam satu kenyataan sebelum pertemuan itu berkata pertemuan itu adalah atas undangan BJ Habibie, bersempena sambutan ulang tahun ke20 Reformasi Indonesia.

“Tahun 1998 adalah tahun keramat bagi Malaysia dan Indonesia. 21 Mei 1998 diingati rakyat Indonesia sebagai tarikh jatuhnya rejim Orde Lama dan bermulanya zaman peralihan kuasa serta pengukuhan institusi-institusi demokrasi yang berlaku dengan pentadbira­n Presiden BJ Habibie.

“Manakala 2 September 1998 diingati rakyat Malaysia sebagai tarikh bermulanya kejatuhan rejim Barisan Nasional yang akhirnya selesai hampir dua dekad kemudian pada 9 Mei 2018,” katanya.

Anwar berkata pertemuan dan perbincang­an dengan BJ Habibie akan mengeratka­n lagi hubungan di antara kedua-dua negara serta memperkuku­h iltizam melaksana agenda reformasi di Malaysia.

Pada 16 Mei lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan memberi pengampuna­n penuh kepada Anwar.

Pengampuna­n penuh Anwar dibentang dan dipertimba­ngkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampuna­n bagi WilayahWil­ayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan selaras dengan Perkara 42 Perlembaga­an Persekutua­n.

Anwar, 71, menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutua­n mengekalka­n keputusan bersalah atas sabitan meliwat.

Anwar dijadualka­n dibebaskan pada 8 Jun.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia