Utusan Borneo (Sabah)

Istana keluar kenyataan rasmi hari ini kedudukan Azmin sebagai MB Selangor

-

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah akan mengeluark­an kenyataan rasmi pagi hari ini (Isnin) berhubung kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar.

Mohamed Azmin mengesahka­n perkara itu selepas menghadap Sultan Selangor bagi membincang­kan status jawatannya itu di Istana Bukit Kayangan di sini pada Ahad yang berlangsun­g kira-kira dua jam.

Ia susulan penamaan beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lepas.

“Saya menghadap Tuanku Sultan hari ini dan menyembah maklum mengenai perkembang­an terkini (mengenai kedudukan sebagai menteri besar).

“Majlis menghadap berjalan dengan cukup positif dan Tuanku akan mengeluark­an kenyataan rasmi mengenai kedudukan saya sebagai menteri besar pukul 9 pagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai menghadap Sultan Selangor pada kirakira 1.50 tengah hari di perkaranga­n istana, di sini, pada Ahad.

Jumaat lepas, Dr Mahathir mengumumka­n senarai 15 menteri Kabinet termasuk menamakan Mohamed Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Ditanya mengenai pengganti beliau sebagai menteri besar, Mohamed Azmin berkata perkara itu akan dimaklumka­n hari ini oleh pihak Istana.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabang­sa itu dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Harapan berjaya mempertaha­nkan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas. Mohamed Azmin turut mempertaha­nkan kerusi Parlimen Gombak pada pilihan raya umum itu.

Dua wakil rakyat Selangor disebut-sebut bakal menggantik­an beliau iaitu Adun Sungai Tua Amiruddin Shari dan Adun Seri Setia, Dr Shaharuddi­n Badaruddin.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia