Utusan Borneo (Sabah)

Najib keluar dari kediaman untuk hadiri program di Pekan

-

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalk­an kediamanny­a di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini, pagi Ahad dipercayai bagi menghadiri beberapa program rasmi di Pekan, Pahang.

Anggota Parlimen Pekan itu menaiki kereta Toyota Vellfire keluar pada kira-kira 9.20 pagi dengan diiringi oleh kenderaan polis.

Pada Sabtu, media tempatan melaporkan yang ketua Umno Bahagian Pekan itu dijadual merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan Umno Bahagian Pekan.

Mengikut rancangan programnya, Najib dijangka tiba di kediaman rasminya di Seri Kenangan, Pekan kira-kira pukul 12 tengah hari. Najib dijadual menghadiri majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isyak dan solat sunat tarawih di Seri Kenangan.

Pergerakan keluar Najib ke Pekan adalah yang pertama sejak beliau membatalka­n rancangan untuk bercuti ke luar negara untuk berehat selepas pilihan raya umum pada 9 Mei, yang menyaksika­n kerajaan Barisan Nasional pimpinanny­a tewas dan digantikan dengan kerajaan Pakatan Harapan.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalk­an negara ini, sejak Sabtu lepas.

Terdahulu, lebih 50 anggota Pergerakan Puteri Umno diketuai Exconya Khaidirah Abu Zahar atau Dira hadir di kediaman Najib bagi menyatakan sokongan terhadap bekas presiden parti itu.

Dira ketika ditemui pemberita berkata bekas presiden parti itu memberi pesanan supaya Puteri Umno tidak mengalah dan teruskan perjuangan.

“Dia (Najib) sangat positif, pesanannya lagi supaya pergerakan Puteri Umno sentiasa bersatu,” katanya.

Sejak Sabtu lepas juga, kediaman Najib di Taman Duta dikawal ketat anggota Polis Diraja Malaysia dan petugas media dari dalam dan luar negara berkampung di kawasan berkenaan demi menanti sebarang perkembang­an terkini berkaitan bekas perdana menteri itu.

Pada Selasa, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasata­n dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyelewen­g beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).Bernama

 ??  ?? NAJIB mengacau bubur lambuk ketika menghadiri Program Mengacau Bubur Lambuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) Parlimen Pekan di kediaman beliau, Seri Kenangan, pada Ahad. Program yang diadakan setiap tahun ini akan disumbangk­an kepada penduduk kampung untuk...
NAJIB mengacau bubur lambuk ketika menghadiri Program Mengacau Bubur Lambuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) Parlimen Pekan di kediaman beliau, Seri Kenangan, pada Ahad. Program yang diadakan setiap tahun ini akan disumbangk­an kepada penduduk kampung untuk...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia