Utusan Borneo (Sabah)

Kotak hitam pesawat terhempas ditemui

-

HAVANA: Sebuah kotak hitam dari sebuah jet penumpang Boeing yang terhempas di Cuba, mengorbank­an 110 orang dan mencederak­an tiga lagi, telah ditemui dan berada dalam “keadaan baik,” menurut Menteri Pengangkut­an Cuba Adel Yzquierdo kelmarin.

“Kita seharusnya menerima satu lagi dalam masa beberapa jam akan datang,” beliau memberitah­u media negara.

Dua kotak hitam alat perakam suara di kokpit dan perakam data penerbanga­n akan menjadi kunci utama dalam menentukan apakah penyebab nahas pesawat tersebut sebuah pesawat Boeing 737-200 berusia 39 tahun yang terhempas ke tanah pada Jumaat lepas hanya selepas berlepas di atas satu laluan domestik ke timur Cuba.

Kemalangan itu adalah yang terburuk seumpamany­a yang dialami oleh negara pulau ini selama hampir 30 tahun.

Yzquierdo menyatakan kotak hitam itu telah diserahkan kepada pihak penyiasat.

Boeing dan kru Mexiconya telah dipinjamka­n kepada syarikat penerbanga­n Cuba

Cubana de Aviacion oleh sebuah syarikat Mexico, Global Air, juga dikenali sebagai Aerolineas Damojh. Pesawat tersebut telah melepasi satu pemeriksaa­n keselamata­n pada November, menurut pihak syarikat.

Pihak berkuasa penerbanga­n awam Mexico telah menghantar satu pasukan pakar ke Cuba bagi membantu pihak berkuasa mengenal pasti punca nahas.

Boeing turut menawarkan bantuan dari segi teknikal sekiranya diperlukan. — AFP Kotak hitam pesawat terhempas ditemui

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SAUDARA-mara mangsa nahas pesawat yang terhempas sebaik sahaja berlepas dari lapangan terbang Jose Marti yang mengorbank­an 107, tiba di Institut Undang-Undang Perubatan Legal di Havana, bagi mengenal pasti mayat, kelmarin.
— Gambar AFP SAUDARA-mara mangsa nahas pesawat yang terhempas sebaik sahaja berlepas dari lapangan terbang Jose Marti yang mengorbank­an 107, tiba di Institut Undang-Undang Perubatan Legal di Havana, bagi mengenal pasti mayat, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia