Utusan Borneo (Sabah)

Bekas diplomat dipenjara tiga tahun, merisik bagi Pakistan

-

NEW DELHI: Seorang diplomat India yang didapati bersalah menyerahka­n rahsia kerajaan kepada badan perisikan Pakistan telah dipenjara selama tiga tahun, kata peguamnya semalam.

Madhuri Gupta didapati bersalah di mahkamah New Delhi pada Jumaat lepas atas tuduhan “mengintip dan menyampaik­an maklumat dengan salah” ketika beliau ditugaskan ke kedutaan India di Islamabad.

Gupta, 61, ditangkap pada 2010 kerana didakwa menyerahka­n maklumat kepada ISI, sayap perisikan bagi musuh utama India, Pakistan.

Diplomat peringkat rendah itu ditahan kerana didakwa melanggar akta rahsia rasmi India dan ditahan selama dua tahun sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Peguamnya Joginder Dahiya berkata Gupta akan merayu hukumannya di mahkamah lebih tinggi.

“Beliau sudah berada dalam tahanan selama kirakira 21 bulan. Beliau sepatutnya dibebaskan atas dasar masa yang sudah dijalaniny­a dalam penjara,” katanya kepada AFP.

Gupta mengelak hukuman penjara yang lebih serius kerana maklumat yang beliau salurkan kepada pengendali di Pakistan pada 2009 dan 2010 bukan bersifat ketenteraa­n, akhbar Press Trust of India (PTI) melaporkan.

Sebagai setiausaha kedua, Gupta merupakan antara pegawai berpangkat paling rendah di kedutaan yang amat sensitif itu di ibu negara Pakistan.

Beliau sentiasa menafikan tuduhan dan mendakwa beliau dibabitkan dengan salah oleh pegawai kedutaan dan kementeria­n luar yang menjalin hubungan tegang dengannya.

Namun mahkamah memutuskan tindakanny­a telah mencemari reputasi India dan menjejaska­n keselamata­nnya, dan menjatuhka­n hukuman penjara maksimum bagi kesalahan tersebut.

Maklumat yang “diserahkan oleh tertuduh merupakan maklumat yang amat sensitif dan dapat digunakan oleh negara musuh, dan kerahsiaan­nya amat penting sekali,” PTI melaporkan.

“Maka itu, beliau tidak berhak diringanka­n hukuman.”

Polis India berkata Gupta telah diawasi selama enam bulan sebelum beliau ditahan pada 2010.

Negara-negara musuh nuklear, India dan Pakistan, biasa menuduh satu sama lain menghantar perisik ke dalam negara masing-masing, dan ia adalah biasa bagi kedua-dua negara untuk mengusir diplomat satu sama lain yang dituduh melakukan pengintipa­n. — AFP

 ??  ?? GUPTA (kanan) diiringi selepas muncul di mahkamah Tis Hazari di New Delhi. Seorang diplomat India didapati bersalah menyerahka­n rahsia kerajaan kepada badan perisikan Pakistan telah dipenjara selama tiga tahun, kata peguamnya semalam. — Gambar AFP
GUPTA (kanan) diiringi selepas muncul di mahkamah Tis Hazari di New Delhi. Seorang diplomat India didapati bersalah menyerahka­n rahsia kerajaan kepada badan perisikan Pakistan telah dipenjara selama tiga tahun, kata peguamnya semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia