Utusan Borneo (Sabah)

Polis ‘lakukan apa yang mereka mampu’ dalam pembunuhan sekolah Texas

-

SANTA FE: Dua anggota polis “melakukan apa yang mereka mampu buat” apabila seorang remaja melepaskan tembakan dan membunuh 10 orang di dalam sebuah sekolah di Texas, kata ketua mereka kelmarin, tetapi enggan mengulas mengenai siasatan ke atas serangan terbaharu yang menyebabka­n banyak kematian di Amerika Syarikat (AS).

Pembunuhan beramairam­ai pada Jumaat lepas dalam komuniti luar bandar Santa Fe mencederak­an 13 orang lain, termasuk seorang pegawai polis sekolah yang berada dalam keadaan tenat.

Dimitrios Pagourtzis, seorang pelajar berusia 17 tahun di Sekolah Tinggi Santa Fe yang sama, sedang ditahan atas dua tuduhan: serangan serius kepada seorang penjawat awam dan pembunuhan yang boleh menyebabka­nnya dikenakan hukuman mati.

Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) menaikkan jumlah mangsa cedera kepada 13 daripada 10 sebelum ini.

Walter Braun, ketua polis Daerah Sekolah Bebas Santa Fe, memberitah­u pemberita, salah seorang anggotanya berada dalam keadaan tenat namun stabil.

Dia dan seorang lagi anggota polis telah “bersemuka” dengan penembak, kata Braun.

“Kami berlatih sepanjang masa bersama pelajar dan kakitangan dan mereka bersedia untuk beraksi. Ia dicerminka­n oleh kedua-dua anggota yang terus bersemuka dengannya,” kata Braun, tetapi enggan memberikan maklumat lanjut.

“Anggota kami masuk ke sana dan melakukan apa yang mereka mampu buat.”

Braun enggan bercakap mengenai sebarang perkara siasatan, seperti berapa das tembakan yang mungkin telah dilepaskan oleh anggotanya, dan memilih untuk akur kepada FBI dan Texas Rangers, sebuah agensi penguatkua­saan undangunda­ng negeri. Keduadua agensi tersebut sedang mengetuai siasatan.

Hakim Galveston County, Mark Henry, yang menjumpai “sebab barangkali” untuk menolak jamin bagi suspek pada Jumaat lepas, memberitah­u pemberita bahawa pegawai sekolah yang cedera “lari ke arah bahaya. Dia adalah wira pada hemat saya”.

Henry memberitah­u suspek “menyebut dalam kenyataann­ya dia bertindak seorang diri” dan kes itu akan dibawa ke hadapan seorang lagi hakim pada hari ini (Isnin).

Lelaki bersenjata itu dipercayai melancarka­n serangan dengan senapang patah dan pistol .38 yang dimiliki secara sah oleh bapanya, menurut Gabenor Greg Abbott.

Pada awal kelmarin, ejen FBI kelihatan di sebuah rumah treler biru yang dipercayai ada kaitan dengan suspek.

Sekolah berkenaan masih ditutup dengan pita polis dan seorang pegawai berkata semua kampus di daerah itu akan ditutup pada Isnin dan Selasa.

Anggota polis mengiringi pelajar dan kakitangan kembali ke kawasan sekolah, tetapi hanya untuk mengambil barang berharga, manakala orang ramai singgah untuk meletakkan bunga di luar.

Di antara pelawat adalah Allie Sybert, 12, yang tiba bersama ibu bapa dan adik perempuann­ya.

“Kita rasa begitu tertekan untuk pergi ke sekolah,” kata Sybert, dari Lake Jackson, Texas, kepada AFP.

“Saya cuma tidak faham kenapa orang mahu melakukan itu kepada orang lain,” katanya dan berharap sekolah akan menimbang untuk mengetatka­n lagi kawalan keselamata­n.

Penasihat kesedihan dan anjing penenang disediakan di sebuah gereja tempatan di mana Persatuan Palang Merah membuka sebuah pusat bantuan keluarga bagi mereka yang menjadi mangsa serangan.

Akhbar The New York Times memetik afidavit yang ditulis oleh seorang penyiasat sebagai berkata suspek sudah membuat pengakuan dan berkata dia tidak menembak “pelajar yang dia suka supaya kisahnya dapat diceritaka­n”.

Seorang mangsa selamat, pelajar tahun pertama Evan San Miguel, berkata dia berada dalam kelas kesenian apabila lelaki bersenjata itu meluru masuk dan menjerit “Kejutan!”

Kemudian tembakan bermula.

Media AS sudah mengenal pasti semua mangsa, termasuk dua orang guru dan seorang pelajar pertukaran dari Pakistan.

J.J. Watt, pemain pertahanan bersama pasukan Houston Texans dalam Liga Futbol Kebangsaan (NFL), memberitah­u pihak berkuasa dia akan membayar perbelanja­an pengebumia­n bagi mereka yang terkorban, pegawai NFL mengesahka­n.

“Buat masa sekarang, ia adalah masa untuk bersedih,” kata Ahli Kongres Randy Weber kepada pemberita. — AFP

 ??  ?? ORANG yang berkabung bersembahy­ang selepas meletakkan bunga di hadapan Sekolah Tinggi Santa Fe, kelmarin di Santa Fe, Texas. Pagi kelmarin, Dimitrios Pagourtzis memasuki sekolah dengan senapang patah dan sepucuk pistol melepaskan tembakan yang...
ORANG yang berkabung bersembahy­ang selepas meletakkan bunga di hadapan Sekolah Tinggi Santa Fe, kelmarin di Santa Fe, Texas. Pagi kelmarin, Dimitrios Pagourtzis memasuki sekolah dengan senapang patah dan sepucuk pistol melepaskan tembakan yang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia