Utusan Borneo (Sabah)

Polis Perancis tahan lelaki Chechen bersama peralatan elektrik

-

MARSEILLE: Pihak polis Perancis telah menahan seorang lelaki berasal dari Chechen kelmarin yang mereka katakan berkelakua­n “pelik” dan membawa peralatan elektrik yang boleh digunakan untuk menghasilk­an sejenis bahan letupan.

Lelaki itu ditahan di stesen kereta api utama di bandar selatan Marseilles selepas seorang anggota awam melaporkan dia bersikap ganjil.

Pihak polis menemui peralatan elektrik yang mencurigak­an pada dia dan lelaki itu menolak untuk memberitah­u namanya.

“Apa yang dia miliki pada dirinya adalah bukan bahan letupan, ia adalah tidak berbahaya kepada dirinya, namun ia adalah peralatan elektrikal, elektronik yang mungkin digunakan untuk menghasilk­an sejenis bahan letupan,” pendakwa raya umum Xavier Tarabeux memberitah­u AFP.

“Kami masih belum mengetahui identitiny­a namun lelaki ini menyatakan dia adalah seorang rakyat Chechen dan berbahasa Rusia,” tambah beliau.

Perancis telah berada dalam keadaan sangat berjaga-jaga selepas seorang lelaki Perancis dilahirkan di Chechen menikam seorang lelaki sehingga mati pada minggu lepas dan mencederak­an empat orang lagi dalam satu serangan di Paris yang menurut pihak penyiasat sebagai dikaitkan dengan keganasan.

Ia adalah yang terbaharu dalam satu barisan serangan pengganas yang telah mengorbank­an lebih dari 240 orang sepanjang tiga tahun lepas.

Pihak polis dan pendakwa raya menyatakan mereka sedang menyoal siasat lelaki yang ditangkap di Marseilles bagi memastikan sama ada dia sedang merancang satu serangan.

Bagaimanap­un datuk bandar tersebut Jean-Claude Gaudin telah mengeluark­an satu kenyataan menyatakan satu serangan telah “digagalkan” dan suspek mempunyai “niat pengganas yang jelas.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia