Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh terbunuh dalam serbuan polis di Rio de Janeiro

-

RIO DE JANEIRO: Tujuh orang, termasuk seorang pengedar dadah dikehendak­i bagi peranannya dalam satu kejadian rogol beramai-ramai pada 2016 yang menggegark­an Brazil, telah terbunuh kelmarin semasa satu serbuan polis besar-besaran ke atas beberapa favela yang dipenuhi dengan jenayah.

Seorang jurucakap bagi polis diketuai oleh tentera di Rio menyatakan bahawa “jumlah sekarang adalah 22 orang yang ditahan dan tujuh orang terbunuh akibat pertempura­n dengan pasukan polis.”

Ini termasuk Sergio Luiz da Silva, seorang lelaki yang dikenali secara meluas dengan nama kumpulanny­a “Da Russia,” menurut jurucakap tersebut.

Dia dikatakan menjadi seorang ketua pengedaran dadah yang turut mengambil bahagian dalam satu kejadian merogol seorang gadis bawah umur pada 2016 di Rio.

Seramai 30 lelaki telah disyaki sebagai menyertai tindakan merogol itu, yang telah didedahkan pada imejimej disebarkan dalam media sosial yang menunjukka­n mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dikeliling­i oleh penyerangn­ya.

Keganasan kelmarin berlaku selepas pihak polis menyerbu kawasan kejiranan yang miskin dan kadangkala tiada undang-undang dikenali sebagai favela di bahagian barat Rio pada lewat Jumaat lepas. Sekumpulan suspek cuba melarikan diri ke favela lain di utara dan telah dihalang dan dibunuh, lapor media tempatan.

Keselamata­n awam di bandar telah semakin merosot sejak tamatnya Olimpik Rio 2016, seiring dengan belanjawan yang gagal dan skandal rasuah.

Memetik kepada ketidakmam­puan pasukan polis untuk mengawal kumpulan dadah bersenjata, kerajaan persekutua­n pada Februari telah mengarahka­n pihak tentera untuk mengawal semua keselamata­n di Rio.

Tindakan itu melihat beberapa jeneral menggantik­an pihak berkuasa awam bagi tugas keselamata­n utama, termasuk satu peningkata­n dalam penggunaan anggota tentera dalam menyokong pihak polis. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia