Utusan Borneo (Sabah)

Korea U tuntut Seoul hantar balik 12 pelayan

-

SEOUL: Korea Utara menuntut agar Seoul menghantar pulang 12 pelayan yang lari ke Korea Selatan dua tahun lalu, hanya beberapa hari sahaja selepas ia tiba-tiba membatalka­n rancangan untuk mengadakan mesyuarat antara Korea selepas usaha selama beberapa minggu untuk memulihkan hubungan baik.

Isu itu sudah sekian lama menjadi kontrovers­i, di mana Pyongyang mendakwa wanita-wanita tersebut diculik dari sebuah restoran yang diurus oleh kerajaan Korea Utara di China manakala Seoul pula menegaskan mereka belot di atas kehendak sendiri.

Namun pengurus restoran itu berkata dalam satu temu ramah baru-baru ini bahawa dia berbohong kepada wanita-wanita terbabit dan memeras ugut mereka untuk mengikutin­ya di bawah arahan agensi perisikan Korea Selatan.

Nasib wanita-wanita tersebut boleh menjejaska­n hubungan di antara kedua-dua negara, demikian menurut satu kenyataan dari Persatuan Palang Merah di Korea Utara yang dilaporkan oleh agensi berita rasmi KCNA lewat kelmarin.

“Pihak berkuasa Korea Selatan harus menghantar pulang wanita kami kepada keluarga mereka tanpa berlengah lagi dan dengan demikian menunjukka­n keazaman untuk memperbaik­i hubungan Utara-Selatan,” kenyataan itu menyebut.

Pada satu sidang kemuncak bersejarah pada bulan lepas dalam Zon Bebas Tentera yang memisahkan semenanjun­g Korea, pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in berikrar untuk memansuhka­n senjata nuklear dan memeterai perjanjian damai.

Ketegangan yang reda dengan cepat pada awal tahun ini menyaksika­n Pyongyang membebaska­n tiga tahanan dari Amerika Syarikat (AS) dan menjemput media asing untuk menyaksika­n penutupan tapak ujian nuklearnya sebelum sidang kemuncak diadakan di antara Kim dengan Presiden AS Donald Trump di Singapura pada bulan depan.

Namun Pyongyang menangguhk­an satu mesyuarat peringkat tinggi dengan Korea Selatan “sampai bila-bila masa” pada minggu lepas kerana membantah latihan ketenteraa­n di antara Seoul dan Washington selain mengugut untuk membatalka­n sidang kemuncak di Singapura. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia