Utusan Borneo (Sabah)

Bukan berpunca sistem pendawaian

Kebakaran di asrama lelaki STIAS

-

REMBAU: Siasatan awal punca kebakaran di asrama lelaki Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di sini disyaki bukan berpunca daripada sistem pendawaian, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Norazam Khamis.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa sistem pendawaian sekolah berkenaan berada dalam keadaan baik hasil pemeriksaa­n yang dilakukan jabatan itu tahun lepas.

“Kita masih menyiasat punca kebakaran sebenar meliputi semua aspek. Pihak kami mendapati sistem pendawaian di sekolah ini mengikuti SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan termasuk susun atur katil dua tingkat di dorm berkenaan yang turut mempunyai dua laluan kecemasan.

“Pada tahun ini, inilah (kes) yang pertama melibatkan sekolah berasrama dan tahfiz (di Negeri Sembilan). Tahun lepas kita telah memeriksa semua sekolah tahfiz termasuk sekolah As Sofa ini dan ia berada dalam keadaan baik,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam kejadian awal pagi ini, dua dorm yang menempatka­n 85 pelajar lelaki STIAS 90 peratus musnah dijilat api dalam kebakaran pada pukul 1.58 pagi.

Norazam berkata seramai 22 anggota termasuk lima pegawai dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Senawang dan Seremban dikerah ke lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini pihaknya tidak dimaklumka­n mengenai terdapatny­a pelajar yang cedera dalam kebakaran itu dan akan mendapatka­n penjelasan daripada pihak pengurusan STIAS.

“Kita tak terima maklumat dari segi kecederaan dan masa kita sampai (di lokasi kejadian) tiada mangsa yang terlibat dan itu kita akan dapatkan kepastian daripada pengurusan. Apabila kita sampai, sebenarnya api telah marak dan memenuhi ruang asrama.

“Dalam blok ini ada dua dorm iaitu dalam 50 orang satu dorm dengan katil dua tingkat ... keseluruha­nnya kita boleh katakan 90 peratus musnah dan semua barangan keperluan pelajar musnah terbakar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengesyork­an kepada pengurusan sekolah-sekolah termasuk sekolah agama untuk kerap kali membuat latihan kebakaran bagi meningkatk­an pengetahua­n pelajar mengenai langkah yang perlu diambil. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? NORAZAM (kiri) meninjau sebahagian dorm Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS), Rembau yang musnah akibat kebakaran awal pagi pada Ahad.
-Gambar Bernama NORAZAM (kiri) meninjau sebahagian dorm Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS), Rembau yang musnah akibat kebakaran awal pagi pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia