Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga perlu daftar tapak bazar Ramadan atas nama sendiri

-

SEREMBAN: Semua peniaga tapak bazar Ramadan di negeri ini akan disyaratka­n berdaftar dengan nama sendiri bagi permohonan tapak bazar bermula tahun depan bagi memastikan kegiatan menaikkan sewaan tapak oleh pihak tertentu dapat dikekang sepenuhnya.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata ini berbeza dengan amalan sebelum ini apabila tapak berkelompo­k diberikan kepada persatuan, koperasi atau pertubuhan bukan kerajaan sehingga wujud segelintir pihak tidak bertanggun­gjawab mengenakan sewaan tapak pada kadar yang tidak munasabah.

“Perkara ini dilakukan bagi memudahkan peniaga individu mendapatka­n tempat di tapak itu tanpa dikenakan cas sewaan terlalu tinggi oleh pihak tidak bertanggun­gjawab. Tahun hadapan kita akan melakukan perubahan yang lebih drastik.

“Selepas ini sesiapa yang mempunyai lesen peniagaan sahaja yang akan kita beri keutamaan dan kita minta rakyat Negeri Sembilan khususnya peniaga, memohon sendiri pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui selepas lawatan di tapak bazar Ramadan di Dataran Senawang di sini, Sabtu.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi Dr Mohamad Taufek Abd Ghani dan Pengarah Pelesenan dan Pembersiha­n Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) Iskandar Arifin.

Aminuddin berkata sewaan yang terlalu tinggi dikenakan pihak tertentu hanya menyusahka­n peniaga selain akan menjejaska­n imej kerajaan negeri dan MPS pada mata masyarakat.

Semalam, Dr Mohamad Taufek dipetik sebagai berkata kerajaan negeri harus mengambil tindakan tegas terhadap peniaga dan penganjur yang menyewakan tapak bazar Ramadan di Dataran Senawang, di sini dengan kadar tinggi dan tidak munasabah.

ADUN Paroi itu menerima aduan mengatakan bahawa tapak tersebut disewa dengan kadar RM1,000 hingga RM1,500 sepetak, iaitu mencecah lebih 120 hingga 150 peratus daripada sewa yang ditetapkan. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? AMINUDDIN (tengah) beramah mesra dengan sebahagian pengunjung di Bazar Malam, Senawang ketika hadir pada pemeriksaa­n khas terhadap tapak-tapak Bazar Malam sepanjang bulan Ramadan di Dataran Senawang.
-Gambar Bernama AMINUDDIN (tengah) beramah mesra dengan sebahagian pengunjung di Bazar Malam, Senawang ketika hadir pada pemeriksaa­n khas terhadap tapak-tapak Bazar Malam sepanjang bulan Ramadan di Dataran Senawang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia