Utusan Borneo (Sabah)

JKR Melaka selaras agensi selesai banjir kilat taman perumahan

-

MELAKA: Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka akan menyelaras semua agensi berkaitan antaranya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT), bagi menyelesai­kan isu banjir kilat di taman perumahan di negeri ini.

Pengarah JKR Melaka Zulkifly A. Ghani berkata walaupun banjir kilat di taman perumahan bukan di bawah bidang kuasa terus agensi itu, pihaknya akan berkongsi pengalaman dan kepakaran yang ada untuk menangani isu banjir kilat secara efektif.

Beliau berkata bidang kuasa JKR lebih kepada banjir di kawasan jalan raya terutama di jalan negeri atau persekutua­n, namun pihaknya percaya isu itu perlu ditangani secara bersama terutamany­a oleh agensi yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu.

“Kita melihat ada keperluan untuk JKR duduk bersama dan mencari punca serta jalan penyelesai­an terbaik. Kajian dan laporan lengkap juga perlu dilakukan.

“Dilihat punca utama banjir kilat berlaku di kawasan perumahan disebabkan sistem per- paritan berkenaan telah lama, tidak diselengga­ra dengan baik dan tersumbat dengan lumpur atau sampah,” katanya kepada pemberita selepas pemantauan isu banjir kilat di Taman Jati di Batu Berendam di sini, Ahad.

Turut hadir Exco Komunikasi, Multimedia, Pembanguna­n Belia dan Sukan Melaka Kerk Chee Yee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh.

Mengulas lanjut, Zulkifly berkata pelan jangka masa panjang dan pendek juga akan dirangka dengan kerjasama JPS dan PBT terlibat agar ia dapat menjadi garis panduan bagi menyelesai­kan isu banjir kilat di negeri ini.

Sementara itu, Kerk berkata beliau telah meminta JKR, JPS dan PBT untuk menyerahka­n laporan penuh berhubung isu banjir kilat yang sering berlaku di kawasan Ayer Keroh khususnya di Taman Jati terutama apabila hujan lebat dalam tempoh lebih dari tiga jam.

Katanya walaupun banjir kilat hanya berlaku dalam masa yang singkat namun ia turut melihatkan kerugian harta benda yang besar kerana ia kerap berlaku.

“Perancanga­n yang lebih baik perlu dilakukan untuk membendung perkara ini kerana ia telah berlaku dalam tempoh yang lama,” katanya.

Penduduk Taman Jati, Yong Pow Hoong, 40, berkata walaupun baru duduk sebulan di taman perumahan berkenaan, rumahnya sering dinaiki air dalam tempoh kira-kira 15 minit apabila hujan lebat dan kejadian itu kerap berlaku dalam sebulan ini.

Beliau berkata walaupun paras air tidak sampai 0.5 meter namun ia menyebabka­n beberapa perabot seperti kerusi dan almari rosak dan dia serta keluarga tidak dapat tidur pada waktu malam apabila hujan lebat kerana gusar akan keselamata­n mereka dan harta benda. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? CHEE Yee yang juga Exco Komunikasi, Multimedia, Pembanguna­n Belia dan Sukan negeri (duduk, depan) memeriksa sistem perparitan yang sering menyebabka­n banjir kilat apabila hujan lebat di Taman Jati di Batu Berendam. Turut hadir Pengarah Jabatan Kerja...
-Gambar Bernama CHEE Yee yang juga Exco Komunikasi, Multimedia, Pembanguna­n Belia dan Sukan negeri (duduk, depan) memeriksa sistem perparitan yang sering menyebabka­n banjir kilat apabila hujan lebat di Taman Jati di Batu Berendam. Turut hadir Pengarah Jabatan Kerja...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia