Utusan Borneo (Sabah)

Hatrik Depay bantu Lyon sentak Nice 3-2

-

PARIS: Memphis Depay menjaringk­an hatrik yang cantik selepas Lyon (OL) bangkit untuk menewaskan Nice 3-2 di Stadium Groupama kelmarin untuk layak ke Liga Juara-Juara dari Ligue 1 dengan mengetepik­an Marseille (OM).

Monaco menumpaska­n Troyes 3-0 untuk menjamin tempat kedua di belakang juara Paris Saint-Germain, manakala OL bimbingan Bruno Genesio menamatkan musim satu mata di hadapan OM di tempat ketiga selepas hari terakhir yang dramatik.

Ia melengkapk­an minggu buruk bagi OM, finalis yang tewas dalam Liga Europa, yang terpaksa berpuas hati untuk bermain semula dalam pertanding­an kedua penting di Eropah walaupun menewaskan Amiens 2-1.

Nice gagal untuk layak bermain dalam Liga Europa ekoran kekalahan kelmarin, dan jurulatih Lucien Favre mengumumka­n dia akan meninggalk­an kelab selepas perlawanan itu.

Kekalahan OM di tangan Atletico Madrid pada Rabu lepas di Lyon memastikan kelab yang menduduki tempat ketiga dalam Ligue 1 akan menyertai dua kelab teratas pada peringkat kumpulan pertanding­an perdana di Eropah, dan bukannya berdepan dengan pusingan kelayakan.

“Kumpulan ini pada tahun ini bermain dengan sangat baik, ia adalah ganjaran yang adil untuk menduduki tempat ketiga,” kata kapten OL, Nabil Fekir, kepada televisyen Perancis, tetapi enggan menyerahka­n masa depannya kepada kelab itu.

“Saya tidak tahu, sejujurnya. Saya memberikan segalanya di Lyon, kita akan lihat untuk masa depan. Ia tidak sempurna pada musim ini, tetapi ia adalah penyudah yang baik.” -AFP

 ??  ?? DEPAY (atas) menjaringk­an gol ketiga Lyon pada perlawanan di Stadium Groupama, Lyon Ahad lepas. — Gambar Reuters
DEPAY (atas) menjaringk­an gol ketiga Lyon pada perlawanan di Stadium Groupama, Lyon Ahad lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia