Utusan Borneo (Sabah)

Mancini panggil Balotelli sertai skuad The Azzurri

-

TURIN: Jurulatih baharu Itali Roberto Mancini kelmarin memanggil semula penyerang Nice, Mario Balotelli, ke dalam skuad The Azzurri untuk tiga perlawanan persahabat­an ketika dia memulakan tugas untuk mengubah semula nasib Itali.

Mancini dilantik Isnin lepas, enam bulan selepas Gian Piero Ventura dipecat ekoran kegagalan juara dunia empat kali itu untuk layak ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 1958.

Pengurus berusia 53 tahun itu, yang meninggalk­an Zenit Saint Petersburg untuk menerima tugasan itu, mengumumka­n skuad 30 pemain pertamanya untuk perlawanan menentang Arab Saudi, Perancis dan Belanda.

Mancini memikul tanggungja­wab untuk perlawanan pertamanya menentang Arab Saudi di St Gallen, Switzerlan­d pada 28 Mei.

Seperti dijangkaka­n, Balotelli, 27, dimasukkan buat pertama kali sejak hampir empat tahun lalu.

Balotelli menjaringk­an 13 gol dalam 33 penampilan untuk Azzurri tetapi tidak bermain bola sepak antarabang­sa sejak penyingkir­an Itali yang memalukan pada peringkat kumpulan di Piala Dunia 2014.

Balotelli kali terakhir dikerahkan oleh jurulatih Antonio Conte pada November 2014 tetapi tidak bermain akibat kecederaan.

Dia kini diberi satu lagi peluang oleh Mancini, yang membimbing­nya di Inter Milan dan Manchester City.

Balotelli sudah membangkit­kan kariernya sejak dia menyertai Nice pada 2016 setelah tidak begitu berjaya bersama AC Milan dan Liverpool, dengan menjaringk­an 26 gol dalam kesemua pertanding­an pada musim ini, tanpa menunjukka­n kelakuan budak nakal yang menghantui kariernya dahulu.

Itali tidak ada banyak pilihan dengan penyerang, maka itu kejayaan Balotelli bersama Nice tidak boleh diketepika­n oleh Mancini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia