Utusan Borneo (Sabah)

Gol Hazard pastikan Chelsea julang trofi Piala FA selepas tewaskan United 1-0 pada aksi final di Wembley

-

WEMBLEY: Pengurus Chelsea Antonio Conte menegaskan dia adalah seorang ‘pemenang bersiri’ selepas dia menamatkan musim sukar dengan kejayaan apabila mereka menewaskan Manchester United (MU) 10 untuk menjulang Piala FA menerusi tendangan penalti Eden Hazard di Wembley kelmarin.

Dalam perlawanan yang masih dijangkaka­n sebagai perlawanan terakhir Conte selaku pengendali, The Blues menangkis serangan bertalutal­u oleh MU pada separuh masa kedua setelah Hazard menyempurn­akan tendangan penalti pada minit ke-22 untuk memastikan anak buah Jose Mourinho menamatkan musim tanpa sebarang trofi.

Setahun selepas dia memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim pertamanya dalam bola sepak Inggeris, Conte gagal untuk malah melayakkan Chelsea ke Liga Juara-Juara apabila mereka menamatkan musim di tempat kelima dalam EPL.

“Saya adalah orang pertama untuk faham kerana saya adalah jurulatih sebuah kelab yang penting di England, di dunia, dan ia memang sewajarnya kelab ini membuat tuntutan yang tinggi daripada saya,” kata pengurus dari Itali itu mengenai spekulasi yang kerap dibuat mengenai masa depannya.

Namun Conte mempertaha­nkan rekodnya selepas memenangi pertanding­an kalah mati buat pertama kalinya dalam kariernya sebagai pengurus.

“Juga pada musim yang sukar, saya telah menunjukka­n bahawa saya adalah seorang pemenang bersiri,” ujarnya.

“Ini adalah kebenaran. Untuk menang dengan cara ini, pada musim ini, telah memberikan lebih banyak kepuasan kepada saya berbanding kemenangan saya yang lain pada masa lalu.”

Bagaimanap­un pengurus MU Jose Mourinho berang dengan apa yang dia anggap sebagai taktik negatif Chelsea untuk berundur dan mempertaha­nkan gol mereka selepas mereka berada di hadapan.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada mereka kerana mereka menang tetapi saya rasa mereka tidak berhak untuk menang,” kata Mourinho.

Walaupun menduduki tempat kedua dalam liga, 19 mata di belakang musuh tempatan Manchester City, Mourinho kerap dikritik pada musim ini kerana pendekatan MU sendiri dalam pertahanan.

“Saya ingin sekali tahu apa yang anda sebut atau apa yang orang tulis kerana jika pasukan saya bermain seperti Chelsea, saya dapat bayangkan apa yang orang akan sebut,” ujar Mourinho.

Jika ia ternyata perlawanan terakhir Conte selaku pengendali, pengurus dari Itali itu keluar dengan kejayaan selepas keputusann­ya untuk menurunkan penjaga gol pilihan pertama Thibaut Courtois buat pertama kali dalam Piala FA pada musim ini untuk menggantik­an Willy Caballero diwajarkan oleh beberapa aksi hebat untuk menyelamat­kan gawang daripada penjaga gol Belgium itu, seterusnya menangkis asakan MU selepas waktu rehat.

MU bermain tanpa penjaring terbanyak Romelu Lukaku dari mula lagi selepas pemain Belgium itu hanya cergas untuk tempat di atas bangku pemain simpanan bagi perlawanan menentang kelab lamanya kerana kecederaan buku lali.

Mourinho juga seakanakan mempersoal­kan komitmen penyerangn­ya.

“Saya tahu tanpa penyerang, ia pasti susah bagi kita,” ujar Mourinho.

“Apabila pemain memberitah­u kita dia belum bersedia untuk bermain, belum bersedia untuk bermula, maka persoalann­ya ialah berapa minitkah anda rasa anda dapat bermain? Bagaimanak­ah kita dapat meyakinkan pemain?” Penyertaan Lulaku dirasai apabila Chelsea Antonio Conte Pengurus Chelsea dari Belgium itu mengambil kesempatan daripada keraguan Phil Jones untuk meloloskan diri dan lari ke arah gawang sebelum dia ditebang oleh pemain pertahanan England itu ketika dia hendak melakukan rembatan.

Pemain Chelsea dan Conte menuntut kad merah dan bukan kad kuning tetapi cubaan Jones untuk menendang bola menyelamat­kannya daripada dibuang dari padang.

Hazard bangkit untuk dengan tenang mengeliruk­an De Gea dengan tendangan penaltinya bagi golnya yang ke-18 pada musim ini.

Ketiadaan kreativiti yang kerap dikritik dalam pasukan Mourinho sepanjang kempen kelihatan dalam usaha mereka untuk kembali menyamakan kedudukan.

Jones memperoleh­i peluang terbaik MU pada separuh masa pertama tetapi melakukan tandukan yang tersasar di tiang belakang ketika dia cuba menebus kesilapann­ya sebelum ini.

Marcus Rashford juga gagal untuk menggunaka­n sepenuhnya peluang yang jarang diberikan untuk memulakan perlawanan

sebagai penyerang tengah di tempat Lukaku.

Courtois tidak dikerah untuk beraksi sehingga sejurus sebelum minit ke-60 apabila dia menafikan Rashford.

Dia kemudian menyelamat­kan gawang dengan cemerlang apabila dia merebahkan badan ke sebelah kiri untuk menepis satu cubaan akrobatik Paul Pogba manakala Alexis Sanchez dinafikan gol kesembilan dalam penampilan kesembilan­nya di Wembley apabila dia didapati ofsaid selepas dia meledakkan bola yang melantun balik ke bumbung jaring.

Peluang terbesar dan terakhir Rashford untuk menjadikan­nya seorang wira diperolehi 20 minit sebelum tamat apabila Courtois meluru dari gawangnya untuk menyelamat­kan bola dari cubaan penyerang itu.

Mourinho bertindak dengan mengeluark­an Rashford dan Jesse Lingard dan memasukkan Lukaku dan Anthony Martial.

Namun ia adalah Pogba juga yang mendapat peluang paling baik untuk menyamakan kedudukan apabila pemain tengah bernilai 89 juta pound itu (RM490 juta) itu menanduk bola yang tersasar daripada tendangan sudut lapan minit sebelum tamat. — AFP United tamatkan musim tanpa sebarang trofi Saya adalah orang pertama untuk faham kerana saya adalah jurulatih sebuah kelab yang penting di England, di dunia, dan ia memang sewajarnya kelab ini membuat tuntutan yang tinggi daripada saya.

 ??  ?? menyesuaik­an diri dengan paling cepat dengan Hazard khususnya bertenaga.
Pemain berbadan kecil HAZARD menjulang trofi ketika meraikan kejayaan Chelesa menjuarai Piala FA selepas menewaskan United di Stadium Wembley, London Ahad lepas. — Gambar Reuters
menyesuaik­an diri dengan paling cepat dengan Hazard khususnya bertenaga. Pemain berbadan kecil HAZARD menjulang trofi ketika meraikan kejayaan Chelesa menjuarai Piala FA selepas menewaskan United di Stadium Wembley, London Ahad lepas. — Gambar Reuters
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia