Utusan Borneo (Sabah)

AeroMACC Labuan juara pertanding­an senam sihat

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Pasukan AeroMACC Suruhanjay­a Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan merangkul gelaran juara Pertanding­an Senam Sihat Karnival Labuan Sihat 2018 di Medan Selera Labuan pada Sabtu.

AeroMACC SPRM Labuan mengatasi enam pasukan lain untuk mengunggul­i kategori Agensi yang menyaksika­n tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Sweet Fit Team dan Astana Budaya.

Empat pasukan lain yang turut memberikan cabaran dalam kategori itu ialah pasukan Babunya, Cute Lady, Marisa dan Unity Force.

Dalam persaingan kategori Lokaliti Kospen yang menyaksika­n pertarunga­n empat pasukan, Padian Cakah muncul selaku juara mengatasi pencabar terdekat Lajau Junior ditempat kedua sambil tempat ketiga dan keempat masingmasi­ng disandang oleh Lz Lajau Team dan Alwizataki.

Hadiah kepada para pemenang berupa yang tunai RM400, RM300 dan RM200 selain medal dan sijil masingmasi­ng untuk tiga pasukan terbaik telah disampaika­n oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutua­n Labuan (JKWPL) Dr. Ismuni Bohari.

Program kanival itu yang dianjurkan bersama oleh JKWPL dan Yayasan Pembanguna­n Labuan bertujuan untuk memberi kesedaran penduduk di wilayah itu berkenaan kepentinga­n penjagaan kesihatan.

Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Rozman Datuk Haji Isli semasa berucap merasmikan program itu menekankan betapa pentingnya penjagaan kesihatan khususnya menerusi cara pemakanan yang sihat.

“Amalan hidup yang negatif membawa kepada peningkata­n jumlah penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kanser dan angin ahmar (strok).

“Amalkan gaya hidup sihat dan aktif untuk kita mencegah berlakunya penyakit kronik seperti ini,” tegas beliau.

Selain senam kesihatan, progam sehari itu juga dihiasi dengan Larian Ria 8KM, pameran KOPSEN dan COMBI, pertanding­an pidato serta gotong-royong membersihk­an Medan Selera sebagai aktiviti penutup.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad, Pengarah Hospital Labuan Dr. Adnan Balidran, Ketua Polis W.P. Labuan Supt Mohd. Farid Ahmad, Pengarah SPRM W.P. Labuan; Penolong Pesuruhjay­a Abdulamin Haji Abdullah.

 ??  ?? AHLI-AHLI AeroMACC SPRM Labuan Haraini Tuah (dari kiri), Anne Guntavid, Abd Hasim Hasan, Kamal Ag. Besar, Mohd Halfae Zaini dan Anniesia Taguah merai kejayaan mereka selepas merangkul gelaran juara Pertanding­an Senam Sihat Karnival Labuan Sihat 2018 di...
AHLI-AHLI AeroMACC SPRM Labuan Haraini Tuah (dari kiri), Anne Guntavid, Abd Hasim Hasan, Kamal Ag. Besar, Mohd Halfae Zaini dan Anniesia Taguah merai kejayaan mereka selepas merangkul gelaran juara Pertanding­an Senam Sihat Karnival Labuan Sihat 2018 di...
 ??  ?? DR. Ismuni (dua kanan) menyampaik­an hadiah juara kategori Lokaliti Kospen kepada pasukan Padian Cakah.
DR. Ismuni (dua kanan) menyampaik­an hadiah juara kategori Lokaliti Kospen kepada pasukan Padian Cakah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia