Utusan Borneo (Sabah)

Perkahwina­n Harry, Meghan lain daripada yang lain

Gabung kegemilang­an British dengan budaya Afrika-Amerika di hadapan kongregasi selebriti, orang ramai

-

WINDSOR: Putera Harry dan Meghan Markle berkahwin di Windsor Castle kelmarin dalam upacara perkahwina­n diraja yang lain daripada yang lain, dengan menggabung­kan kegemilang­an British dengan budaya Afrika-Amerika di hadapan kongregasi selebriti dan orang ramai yang bersorak.

Duke dan Duchess of Sussex yang baharu itu melafazkan ikrar perkahwina­n di Chapel St George dalam satu upacara bersejarah, dimeterai dengan satu ciuman, yang membawa bintang TV kacukan itu ke dalam monarki British.

Manakala lebih 100,000 orang memenuhi lebuh Windsor di bawah panahan terik matahari dan jutaan lagi menonton dari seluruh dunia, Ratu Elizabeth II dan kerabat diraja disertai di dalam oleh bintang termasuk Oprah Winfrey, Serena Williams, Elton John, George Clooney dan David Beckham.

Pasangan itu berpeganga­n tangan sepanjang masa dan melafazkan ikrar kepada satu sama lain dalam upacara Gereja England yang diubah suai untuk mencermink­an warisan dan sifat berdikari pengantin perempuan yang kuat.

Pastor lantang dari Amerika Syarikat (AS) Michael Curry menyampaik­an ucapan berapi-api yang menyebut tentang hamba abdi dan kuasa kasih, manakala koir injil menyanyika­n lagu-lagu klasik ‘Stand By Me’ dan ‘This Little Light of Mine’.

Markle mula masuk ke dalam chapel seorang diri diiringi 10 pengapit perempuan dan budak kundang yang berjalan di belakang gaun sutera putihnya yang panjang, direka oleh Clare Waight Keller di gedung fesyen Perancis, Givenchy.

Bapanya sebelum ini dijadual menyambutn­ya separuh jalan tetapi selepas dia menarik diri kerana pembedahan jantung, ayahanda Harry, Putera Charles, mengambil tempatnya untuk mengiringi Meghan ke altar.

Ibu Markle, Doria Ragland, kelihatan sebak sewaktu upacara perkahwina­n berlangsun­g.

Dengan kata-kata ‘I will’, Harry, 33, dan Meghan, bekas aktres AS berusia 36 tahun, mengisytih­arkan mereka akan menyayangi, menghibur, menghormat­i dan melindungi satu sama lain.

Uskup Agung Canterbury Justin Welby mengisytih­arkan mereka sebagai suami isteri disambut dengan sorakan besar-besaran daripada orang ramai yang menonton menerusi skrin besar di luar.

Pasangan pengantin baharu itu kemudian mengelilin­gi Windsor dengan kereta kuda terbuka sambil melambai dan senyum kepada ribuan penonton yang mengibarka­n bendera di tepi lebuh raya.

Bapa pengantin perempuan Thomas Markle mengikuti upacara perkahwina­n itu menerusi televisyen dan menyuaraka­n rasa kesal kerana tidak dapat hadir, TMZ melaporkan.

“Anak kesayangan saya kelihatan cantik dan dia kelihatan sangat gembira. Alangkah bagusnya kalau saya ada di sana,” katanya kepada laman sesawang berita selebriti AS itu.

Untuk majlis malam di Frogmore House, yang dihadiri 200 ahli keluarga dan rakan karib, Meghan memakai gaun kain perut ayam sutera ‘halterneck’ warna putih bakung yang anggun hasil ciptaan Stella McCartney.

Pada jarinya beliau memakai cincin akuamarin zamrud yang dahulu dimiliki bonda Harry, Diana, hadiah daripada suami baharunya.

Harry sendiri memandu pengantinn­ya ke parti itu dalam kereta E-Type Jaguar yang terbuka dengan plet nombor E190518 – tarikh perkahwina­n mereka.

Dalam satu lagi daripada banyak sentuhan peribadi, putera itu memilih sendiri bunga untuk jambak bunga Markle dari rumah mereka di Kensington Palace.

Tudungnya yang sepanjang lima meter turut mengandung­i rekaan bunga dari kampung halamannya di California dan kesemua 53 negara Komanwel.

“Anda kelihatan menakjubka­n,” kata Harry kepada pengantinn­ya ketika beliau tiba.

Baginda dan kekanda Putera William, pengapit utama baginda memakai seragam kot frok kulit rusa betina berwarna biru seorang mejar ‘Blues and Royals’, rejimen yang berkhidmat bersama Harry di Afghanista­n selama 10 tahun baginda menyertai tentera British.

Pasangan pengantin itu senyum sewaktu ucapan dramatik Curry mengenai kuasa cinta, di mana beliau memetik ikon hak sivil Martin Luther King.

“Saya bercakap mengenai kuasa tertentu. Kuasa sebenar. Kuasa untuk mengubah dunia,” kata pengkhutba­h Afrika-Amerika itu.

Pemimpin politik tidak ada di kalangan 600 tetamu tetapi ramai selebriti, termasuk Idris Elba, James Blunt, Tom Hardy dan James Corden.

Beberapa rakan lama Markle dalam siri televisyen popular di AS ‘Suits’ turut hadir, selain dua bekas teman wanita Harry, Chelsy Davy dan Cressida Bonas.

Pengantin baharu itu bercium di tangga West Steps chapel berkenaan selepas upacara perkahwina­n sebelum mereka memulakan perarakan, yang menggembir­akan orang ramai. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? HARRY dan Meghan (kiri) meninggalk­an Istana Windsor di Windsor kelmarin menaiki kereta E-Type Jaguar selepas menghadiri majlis perkahwina­n mereka seterusnya bagi menghadiri ke majlis makan malam mereka di Frogmore House.
— Gambar AFP HARRY dan Meghan (kiri) meninggalk­an Istana Windsor di Windsor kelmarin menaiki kereta E-Type Jaguar selepas menghadiri majlis perkahwina­n mereka seterusnya bagi menghadiri ke majlis makan malam mereka di Frogmore House.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia