Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk lega pemberian BR1M diteruskan oleh kerajaan PH

-

TENOM: Keputusan pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenal­kan oleh Barisan Nasional (BN) memberikan nafas lega kepada penduduk kampung.

Pengerusi JKKK Sugiang Tengah Salim Amil, 62, berkata penduduk kampung amat setuju dengan keputusan pihak kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meneruskan BR1M.

“Sebelum pilihan raya yang lalu, BR1M menjadi antara persoalan penduduk kampung sekiranya kerajaan bertukar tangan, kerana mereka risau sekiranya bantuan itu dihentikan.

“Orang kampung tertanyata­nya dan akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri mengumumka­nnya kepada rakyat baru-baru ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Ahad.

Pengerusi JKKK Maugus Nasi p Am pi u ,54, menyokong keputusan kerajaan untuk meneruskan BR1M kerana dapat membantu meringanka­n beban rakyat.

“Harga barang telah meningkat naik tetapi pendapatan penduduk kampung tidak menentu dan dengan adanya BR1M, ia amat membantu kami untuk membeli barangan keperluan harian.

“Kami juga berharap BR1M ini akan dapat diteruskan dan dinaikkan jumlahnya walaupun bertukar kerajaan di masa-masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kalibatang Lama Akim Basi, 62, dan Ketua Kg Kalibatang Lama Soon Gumpong, 62, turut mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan kerana meneruskan pemberian BR1M yang telah dilaksanak­an oleh kerajaan BN dahulu.

“Ini akan menambah keyakinan rakyat terhadap kerajaan baharu yang memerintah untuk sentiasa menjaga kebajikan dan menangani kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat,” jelasnya.

Katanya, penduduk kampung yang tidak mempunyai pendapatan tetap amat berharap supaya BR1M dikekalkan dan jangan dimansuhka­n oleh kerajaan yang ada sekarang.

“Nilainya mungkin tidak banyak bagi sesetengah orang tetapi amat membantu bagi kami yang berpendapa­tan rendah,” katanya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n akan meneruskan BR1M di bawah kerajaan PH untuk meringanka­n kos hidup golongan berpendapa­tan rendah namun, akan mengkaji semula struktur bantuan itu supaya tidak dilihat sebagai alat untuk memberi rasuah kepada rakyat agar menyokong kerajaan.

 ??  ?? NASIP
NASIP
 ??  ?? SALIM
SALIM
 ??  ?? AKIM Basi (kanan) dan Soon Gumpong (kiri).
AKIM Basi (kanan) dan Soon Gumpong (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia