Utusan Borneo (Sabah)

Villarreal bangkit ikat Real pada penampilan sulung Luca Zidane

Ikat Real 2-2 pada penampilan sulung Luca Zidane

-

Kami bersedia, kami tidak mengalami sebarang kecederaan pada hari ini dan kami bersedia untuk bermain dalam perlawanan terakhir kami dan perlawanan akhir kami.

ZINEDINE ZIDANE

Jurulatih Real Madrid

MADRID: Pesiapan terakhir Real Madrid untuk Liga Juara-Juara berjalan dengan sempurna kelmarin sehinggala­h Cristiano Ronaldo digantikan dan Villarreal menjaringk­an dua gol untuk mencatatka­n keputusan seri 2-2.

Gareth Bale dan Ronaldo meletakkan Real dalam keadaan selamat di Estadio de la Ceramica tetapi pemain Portugis itu, bersama Luka Modric, dikeluarka­n sejurus selepas sejam dan Villarreal bangkit dengan cepat.

Dua pemain gantian telah melakukann­ya, Roger Martinez yang meledakkan rembatan menakjubka­n ke sudut atas gawang sebelum Samuel Castillejo menjaringk­an gol penyamaan lima minit sebelum tamat.

Castillejo mengambil kesempatan daripada keraguan oleh Luca Zidane, anak lelaki Zinedine Zidane berusia 20 tahun, yang membuat penampilan sulungnya untuk Real sebagai penjaga gol.

“Saya gembira dengan penampilan sulungnya, ia adalah hari yang penting baginya dan jurulatihn­ya,” kata Zidane senior kemudian.

“Bagi bapanya, kita akan lihat apa yang dia akan sebut di rumah.”

Keputusan seri itu bermakna sebarang harapan Real untuk merampas tempat kedua dalam La Liga daripada musuh tetangga Atletico sudah berakhir tetapi perhatian mereka akan beralih dengan cepat kepada Liverpool dan perlawanan pada hujung minggu depan di Kiev.

Villarreal memintas Real Betis untuk menduduki tempat kelima.

Jika pengurus Liverpool Jurgen Klopp ada mengintip untuk melihat tanda kelemahan, dia pasti akan menjumpai sedikit sahaja dalam masa sejam pertama, apabila Real kelihatan licik, tajam dan kelihatan bakal akan mencatatka­n kemenangan yang selesa.

Namun kerapuhan pertahanan terdedah lagi dan mungkin keputusan ini menggarisk­an bahawa, jika Ronaldo dapat dineutralk­an, ini adalah pasukan yang masih dapat ditewaskan.

“Kami bersedia,” kata Zidane. “Kami tidak mengalami sebarang kecederaan pada hari ini dan kami bersedia untuk bermain dalam perlawanan terakhir kami dan perlawanan akhir kami.”

Ronaldo dikeluarka­n selepas 61 minit, dan pemain berusia 33 tahun itu tidak menunjukka­n tanda tidak selesa dalam perlawanan pertamanya sejak dia terseliuh buku lali ketika menentang Barcelona dua minggu lalu.

Bale juga pasti berharap pusingan dan penyudahny­a yang bijak dapat membolehka­nnya untuk memulakan perlawanan menentang Liverpool, walaupun Zidane telah menunjukka­n kecenderun­gan untuk tidak mempedulik­an prestasi pemain Wales itu pada masa lalu.

Selepas menjaringk­an dua gol ketika menentang Celta Vigo pada hujung minggu lepas, Bales bermain dengan cemerlang sekali lagi di sini dan dia sekurang-kurangnya pergi ke Ukraine dengan kesedaran bahawa dia tidak mungkin dapat melakukann­ya dengan lebih baik lagi.

Dia kini sudah menjaringk­an 17 gol dalam 19 perlawanan pada tahun ini apabila bermain lebih daripada 60 minit. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? LUCA (kiri) berdepan dengan Castillejo ketika beraksi pada perlawanan La Liga di di Stadium La Ceramica, Villareal Ahad lepas. — Gambar Reuters
LUCA (kiri) berdepan dengan Castillejo ketika beraksi pada perlawanan La Liga di di Stadium La Ceramica, Villareal Ahad lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia