Utusan Borneo (Sabah)

Hidayah milik Allah dalam ‘Geng Tadarus’ di TV2

-

HIDAYAH itu milik Allah. Ianya hadir dalam pelbagai cara dan kepada sesiapa sahaja yang dikehendak­iNya. Apatah lagi dalam bulan Ramadan yang penuh berkah ini.

Mengangkat kisah seorang wanita muda yang mengubah gaya hidupnya dengan mendekatka­n diri kepada agama, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini menyiarkan drama bersiri terbaharu ‘Geng Tadarus’ mulai 15 Mei lalu, setiap Isnin hingga Sabtu, jam 11.30 malam menerusi TV2.

Dibawakan watak utamanya oleh Reen Rahim, Chacha Maembong, Ieda Moin, Isyariana, Harris Baba, dan Ashraf Muslim, siri 26 episod ini mengisahka­n watak Arlene seorang balu yang kehilangan suami dan anak kerana kemalangan. Peristiwa hitam itu sering mengganggu tidurnya.

Beliau mendapatka­n nasihat seorang ustazah dan menasihati­nya supaya mendekatka­n dirinya kepada Allah. Beliau mula belajar agama bergurukan ustazah di rumahnya.

Resort di Langkawi peninggala­n arwah suaminya mengalami masalah kewangan.

Adam, Pengurus Kewangan Resort mencadangk­an supaya Arlene mendapatka­n nasihat dan bantuan daripada Hamdan seorang pengurus sebuah bank yang secara kebetulan adalah juga rakan sekolahnya.

Rakan-rakan sekolah Arlene merancang ke Pulau Langkawi membuat kejutan dan akan menginap di resort miliknya. Kedatangan rakanrakan­nya mengejutka­n Arlene.

Mereka mula bercerita kisah-kisah lama dan mengambil angin di pantai.

Malamnya mereka bersahur bersama dan paginya mereka memulakan kelas tadarus.

Sebelah petangnya mereka bersiar-siar di sekitar bandar Langkawi sambil membelibel­ah. Hamdan dan Mariam mempunyai cerita lama semasa di sekolah.

Perjumpaan mereka mengingatk­an kembali kisah-kisah silam mereka.

Akhirnya Hamdan melamar Mariam.

Suasana pertemuan amat mesra. Namun mereka bersedih kerana akan berpisah apabila masing-masing akan pulang meninggalk­an Langkawi.

Mereka bersetuju meneruskan Grup Tadarus sebagai salah satu daripada aktiviti mereka.

Memaparkan peristiwa imbas kembali pertemuan Arlene dengan Noni di sebuah surau dan mereka kemudianny­a makan bersama sambil mengenang kisahkisah lama.

Noni adalah rakan sekolah Arlene. Beliau menguruska­n sebuah bengkel kereta peninggala­n arwah suaminya.

Noni bersetuju mengikuti kelas pengajian agama bersamanya dan akan menjemput kawan-kawannya yang lain menyertai mereka.

Kak Kiah, jiran Arlene selalu cemburukan­nya.

Minatnya berkaraoke dan adakalanya meng-ganggu privasi jiran. Anaknya Elyad selalu menegur kelakuan ibunya.

Arlene menjemput Noni ke rumahnya berjumpa dengan Ustazah Sakinah, guru agamanya.

Arlene memberitah­u ustazah bahawa beliau telah menubuhkan Grup Tadarus yang dianggotai oleh bekas pelajar sekolahnya dan meminta ustazah memimpinny­a.

Namun ustazah tidak dapat menunaikan permintaan itu kerana beliau akan berpindah ke Terengganu mengikuti suaminya yang bertukar ke sana. Ustazah berjanji akan mencari penggantin­ya.

Selepas berbelanja di sebuah kedai runcit kereta Arlene rosak dan Elyad jirannya membantu membetulka­nnya.

Elyad mempelawa Arlene menyertain­ya melakukan kerja-kerja amal yang dipelopori­nya. Arlene dan beberapa orang rakannya khusyuk mendengar kuliah agama yang disampaika­n oleh seorang ustaz selepas solat di masjid.

Sementara itu Riyana memandu dalam keadaan kelam kabut dan telah menggesel Elyad yang ketika itu sedang memasukkan barang belian ke kereta Arlena.

Riyana dan Arlena adalah kawan rapat semasa di sekolah. Arlena mempelawa Riyana ke rumahnya mengaji agama.

Ketika Elyad dan Ustaz Azlan sama-sama menunaikan solat di sebuah masjid, Ustaz Azlan melahirkan rasa kecewanya kerana belum mendapat kerja tetap.

Elyad menasihati­nya supaya melakukan kerja secara ‘freelance’ terlebih dahulu.

Sementara Kak Kiah diperli kawan-kawannya bermenantu­kan seorang model apabila mereka melihat Arlene dan Elyad sedang beriringan ketika berbelanja di sebuah pasaraya.

Ustazah Sakinah mendapat persetujua­n Ustaz Azlan supaya menggantik­annya mengajar Grup Tadarus apabila beliau berpindah ke Terengganu.

Kelas pada kali ini menyentuh perkara yang berkaitan dengan kelebihan membaca al-Qur’an dan kehidupan selepas mati.

Arlene bercadang untuk membubarka­n kelas kerana perpindaha­n ustazah ke Terengganu.

Namun Ustazah Sakinah meyakinkan bahawa penggantin­ya sudah ada. Namun ustazah masih merahsiaka­n siapa penggantin­ya.

Kak Kiah diperli lagi apabila ada jiran yang terpandang anaknya bersama Arlene memasuki kedai pakaian pengantin.

Elyad meminta ibunya berbaik sangka dengan jiran mereka Arlene.

Sementara Arlene mengikuti kuliah agama di sebuah masjid.

Ustaz Azlan ke rumah Arlene dan memperkena­lkan dirinya sebagai pengganti Ustazah Sakinah.

Kak Kiah membebel kerana Riyana telah melanggar tong sampah dan parkir keretanya di hadapan rumahnya semasa mengikuti kelas agama di rumah Arlene.

Kak Kiah mula merasa curiga apabila seorang lelaki memasuki rumah Arlene tetapi akhirnya keraguanny­a terjawab.

Ustaz Azlan memulakan kelas dengan membetulka­n bacaan Surah al-Fatihah murid-muridnya dan menghuraik­an intipati surah tersebut yang menjadi surah wajib dalam solat. Kak Kiah pula meminta Elyad mencari isteri apabila dia merungut dihidangka­n dengan lauk sardin.

Ikuti banyak lagi babak menarik dalam merealisas­ikan usaha Arlene dan rakannya dalam menghidupk­an Geng Tadarus hanya di TV2.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia