Utusan Borneo (Sabah)

Hatrik Depay bantu Lyon sentak Nice 3-2

-

KEMAMAN: Polis menahan lima lelaki berumur antara 25 dan 41 tahun kerana disyaki aktif mengedar dadah sejak awal tahun ini, di sebuah rumah di Kampung Mak Chili Paya, pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim berkata dalam serbuan itu pihaknya turut menjumpai satu beg kecil berzip bercorak biru dan merah jambu yang mengandung­i 190 biji pil yaba serta serbuk dan ketulan kristal disyaki jenis syabu pada badan seorang daripada suspek berumur 36 tahun.

“Dalam serbuan tersebut pihak polis turut merampas pelbagai jenis dadah, sebuah motosikal jenis Yamaha Nouvo LC dan sebuah kereta jenis Toyota Wish, kesemuanya bernilai RM60,860,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini Ahad.

Selain itu, pihaknya juga merampas alat menagih serta alatan pembungkus­an dadah seperti peket plastik kosong, pemetik api dan penimbang digital di dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati empat daripada suspek positif dadah dan suspek berumur 36 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Katanya hasil soal siasat terhadap kesemua suspek mendapati mereka akan ke Pengerang, Johor seminggu sekali bagi mendapatka­n bekalan dadah untuk tujuan pasaran.

Kelima-lima suspek direman tujuh hari mulai 18 Mei bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A ADB 1952 dan Seksyen 12(2)/12(3) ADB 1952 . -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia