Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia kedudukan keempat Trofi JuaraJuara Asia Wanita

-

KUALA LUMPUR:Malaysia menamatkan saingan di tempat keempat pada Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia Wanita setelah tewas 0-2 kepada China pada perlawanan penentuan ketiga/keempat kejohanan berkenaan di Stadium Sunshine, Donghae, Korea Selatan, yang berakhir pada Ahad.

Dua gol China dijaringka­n Song Xiaoming menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-14 sebelum beliau menggandak­an kedudukan menerusi gol padang pada minit ke-53, demikian menurut laman Facebook Konfederas­i Hoki Malaysia.

Ia merupakan kekalahan kedua dialami skuad negara kendalian Muhammad Dharma Raj Abdullah yang tewas 1-3 kepada pasukan sama pada pusingan awal kejohanan itu, beberapa hari lepas.

Mengulas mengenai perlawanan berkenaan, Muhammad Dharma Raj mengakui pasukan China agak bergelut untuk menembusi benteng pertahanan negara, namun memuji barisan pemainnya yang memberikan saingan sengit kepada pasukan lawan.

“Secara keseluruha­nnya, saya berpuas hati dengan persembaha­n pemain dengan kedudukan keempat yang diperoleh pada kejohanan ini berbanding kedudukan terakhir iaitu kelima pada edisi 2016.

“Barisan pemain menampilka­n peningkata­n dan keberanian berdepan dengan kebanyakan pasukan bertanding yang membawa pemain bakal beraksi pada Piala Dunia Wanita 2018 di England, Julai ini, kecuali Jepun yang tidak membawa skuad utama mereka,“jelas Muhammad Dharma Raj.

Malaysia memulakan kempen kejohanan itu dengan dua kekalahan, tewas masingmasi­ng dengan keputusan 1-3 kepada Korea Selatan dan China pada 13 dan 14 Mei, sebelum menundukka­n Jepun 3-2, selang dua hari kemudian.

Mereka bagaimanap­un tewas 2-3 kepada juara bertahan, India pada perlawanan terakhir pusingan awal pada 17 Mei lepas.

Korea Selatan muncul juara pada edisi kali ini setelah mengatasi India 1-0 pada aksi final di venue yang sama. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia