Utusan Borneo (Sabah)

PASUKAN KHAS SIASAT 1MDB

Untuk jalan siasatan terperinci termasuk aspek pendakwaan

-

KUALA LUMPUR: Satu Pasukan Khas Siasatan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dibentuk bagi menjalanka­n siasatan terperinci berkaitan kes syarikat pembanguna­n strategik itu, kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut kenyataan itu pasukan khas ini akan diketuai bersama bekas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador dan Ketua Pesuruhjay­a SPRM yang baharu dilantik Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

"Perdana Menteri telah bersetuju untuk membentuk satu Pasukan Khas 1MDB bagi menjalanka­n siasatan terperinci pengesanan dan rampasan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apaapa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB,” kata kenyataan itu.

Keanggotaa­n pasukan ini akan terdiri daripada anggota SPRM, Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan beberapa orang peguam yang mempunyai kepakaran dalam perkara berkaitan, kata kenyataan itu lagi.

Pejabat Perdana Menteri menjelaska­n bahawa pasukan ini akan bertanggun­gjawab dalam keseluruha­n aspek penyelaras­an siasatan, pengesanan kewangan dan perolehan aset yang berpunca dari salah laku dan penyelewen­gan dana 1MDB yang tersimpan atau dilaburkan di dalam dan luar negara.

Pasukan ini juga bertanggun­gjawab untuk mendapatka­n kerjasama dengan pelbagai agensi penguatkua­saan Amerika Syarikat, Switzerlan­d, Singapura, Kanada dan negaranega­ra lain yang berkaitan, kata kenyataan itu.

Kerajaan berharap penubuhan pasukan khas ini dengan penglibata­n pelbagai agensi penguatkua­saan akan berupaya mengembali­kan maruah negara yang tercemar di samping mengembali­kan wang dan aset rakyat Malaysia berikutan skandal kleptokras­i hasil salah laku dan penyelewen­gan dana 1MDB, tegas kenyataan itu. -

 ??  ?? KUNJUNGAN HORMAT... Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato' Haji Jaujan Haji Sambakong menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Wanita Islam (Pewanis) Sabah di pejabatnya di Kota Kinabalu pada Isnin. Kelihatan...
KUNJUNGAN HORMAT... Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato' Haji Jaujan Haji Sambakong menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Wanita Islam (Pewanis) Sabah di pejabatnya di Kota Kinabalu pada Isnin. Kelihatan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia