Utusan Borneo (Sabah)

Bekas polis tetap ke tali gantung kerana bunuh kekasih

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalka­n sabitan dan hukuman mati terhadap seorang bekas anggota polis berpangkat korporal kerana membunuh kekasihnya yang mengandung pada 2015.

Penal tiga hakim terdiri daripada Datuk Wira Mohtarudin Baki, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan Datuk Rhodzariah Bujang sebulat suara menolak rayuan Muhammad Faizal Salim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitka­n dan menjatuhka­n hukuman mati kepadanya atas kesalahan itu.

Mohtarudin yang mempengeru­sikan penal itu berkata mereka berpandang­an bahawa isu yang dibangkitk­an oleh peguam Muhammad Faizal dalam rayuannnya tidak mempunyai merit .

Muhammad Faizal, 40, di dapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 28 Feb tahun lepas kerana membunuh Norzielawa­ti Akmar Afandi,35, di taman rekreasi Hutan Bandar Bukit Cantik di Mersing Johor antara 11 malam 12 April 2015 dan 12.30 pagi 12 April 2015.

Berdasarka­n fakta kes, seorang saksi pendakwaan yang merupakan jiran tertuduh memberi keterangan bahawa beliau mendengar suara seorang wanita dan tertuduh (Muhammad Faizal) sedang bergaduh.

Saksi berkenaan, Sarjan Zainuddin Bakar berkata beliau mendengar suara seorang wanita mengerang kesakitan dan beliau juga mendengar wanita itu berkata dalam bahasa Melayu “Jangan pukul saya macam ini saya sedang mengandung” .

Seorang doktor di Wad Kecemasan Hospital Mersing telah memeriksa Norzielawa­ti dan mengesahka­n wanita itu telah meninggal dunia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia