Utusan Borneo (Sabah)

Jalankan siasatan menyeluruh kematian pygmy Borneo

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal mahu Jabatan Hidupan Liar Sabah menjalanka­n siasatan menyeluruh mengenai kematian gajah pygmy Borneo.

Beliau juga mahu jabatan itu mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentik­an lebih banyak kematian yang sepatutnya tidak berlaku dan membahayak­an hidupan liar.

“Saya amat sedih membaca kematian enam gajah pygmy Borneo selama sebulan.

“Bagi saya, gajah terbabit adalah gergasi hidupan liar lemah lembut yang terancam di Sabah, di mana seekor daripadany­a masih muda berusia setahun. Ia tidak sepatutnya berlaku jika langkah-langkah nyata telah diambil untuk memeriksa konflik manusia-gajah, serta isu lain termasuk pemburuan haram.

"Saya dapati daripada laporan berita bahawa punca kematian gajah ini sejak awal April dan 20 Mei masih belum diadakan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n sejurus tiba dari Kuala Lumpur pada Isnin.

Shafie berkata kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) komited terhadap penjagaan dan pemulihara­an hidupan liar dan sumber asli Sabah.

“Saya sedar banyak yang telah dikatakan dan mungkin dilakukan oleh kerajaan yang lalu. Bagaimanap­un, kematian gajah, sama ada oleh pemburuan haram atau sebab lain, terus berlarutan,” katanya.

Katanya, mungkin kerajaan sebelum ini tidak mempunyai keinginan politikun tukmenerus­kan tindakan yang lebih drastik yang akan menjejaska­n syarikat pembalakan dan perladanga­n besar. Saya tidak tahu mengapa ia masih berlaku selepas banyak tuntutan penyelesai­an daripada kerajaan terdahulu.

"Saya tidak mahu perkhidmat­an hanya di bibir saja. Saya ingin melihat pelan pemulihara­an jangka pendek dan panjang yang disediakan untuk dilaksanak­an dengan pantas. Kerajaan Warisan akan menyediaka­n usaha sedemikian dan tidak tunduk kepada tekanan daripada mana-mana kumpulan," katanya.

Shafie menegaskan bahawa beliau mahu melihat agar Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Jabatan Perhutanan Sabah bekerjasam­a rapat untuk melindungi hidupan liar dan hutan.

Katanya, kedua-dua jabatan itu juga harus bekerjasam­a dengan badan bukan kerajaan (NGO) dalam mengesan koridor hutan yang cepat tanpa takut akan kepentinga­n perniagaan individu.

“Saya percaya bahawa rangkaian itu ada untuk pelaksanaa­n tetapi ada sedikit masa yang lalu untuk meneruskan­nya,” katanya.

Beliau juga mengarahka­n Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew untuk segera mendapatka­n taklimat tentang keadaan dan melihat bagaimana cara terbaik untuk memantau segala usaha yang diperlukan bagi melindungi hidupan liar di negeri ini.

 ??  ?? SHAFIE disambut pemimpin kerajaan dan orang ramai setibanya dari Kuala Lumpur di LTAKK petang Isnin.
SHAFIE disambut pemimpin kerajaan dan orang ramai setibanya dari Kuala Lumpur di LTAKK petang Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia