Utusan Borneo (Sabah)

Kek Lapis Borneo menu pilihan sempena sambutan Aidilfitri

Sempena sambutan Aidilfitri

-

PUTATAN: Belum pun seminggu umat Islam berpuasa, tetapi kemeriahan suasana lebaran sudah dirasai di sana sini.

Radio-radio sudah memasangka­n lagu-lagu Aidilfitri, malahan rata-rata tempahan menjahit baju raya sudah ditutup sebelum Ramadan tiba.

Namun begitu, dengan kesibukan menjalani rutin harian, ramai ibu yang lebih gemar membeli sahaja kuihmuih, melihat Sarawak yang terkenal dengan kek lapis, ternyata menu itu turut menjadi pilihan warga Sabah untuk dihidangka­n kepada tetamu.

Mengambil berkat seorang ibu, pemilik D’ita Kek Lapis Borneo, Muhd Dhirar Affendi, 31, meletak nama ibunya di pangkal jenama kek lapisnya, mengambil berkat ilmu yang diturunkan oleh ibu sehingga dia dapat membuka perniagaan sendiri di Sabah.

“Saya merupakan generasi kedua menyambung legasi ibu dan ayah dalam perusahaan kek lapis ini dan saya mulakan sendiri di sini sejak 2009 sesudah tamat peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Keunikan Aidilfitri di Sarawak, kek lapis pasti ditemui di musim-musim perayaan memenuhi meja untuk dihidangka­n kepada tetamu.

“Kek lapis ini banyak

“Kek lapis ini banyak permintaan di Sarawak tetapi banyak saingan. Di luar Sarawak juga banyak permintaan tetapi pelanggan biasanya mahukan kek yang segar, cepat diperoleh tanpa perlu menunggu tempoh pengeposan. Sebab itu, kami buka di Sabah supaya orang tempatan atau dari Semenanjun­g yang datang ke Sabah boleh mendapatka­n kek yang segar tanpa perlu membayar wang pos. ”

MUHD DHIRAR AFFENDI Pemilik D’ita Kek Lapis Borneo

permintaan di Sarawak tetapi banyak saingan. Di luar Sarawak juga banyak permintaan tetapi pelanggan biasanya mahukan kek yang segar, cepat diperoleh tanpa perlu menunggu tempoh pengeposan.

“Sebab itu, kami buka di Sabah supaya orang tempatan atau dari Semenanjun­g yang datang ke Sabah boleh mendapatka­n kek yang segar tanpa perlu membayar wang pos,” katanya yang berasal dari Sarawak.

Menurut Muhd Dhirar, kek lapis mereka mempunyai 30 pilihan dan yang selalu mendapat permintaan yang tinggi ialah Masam Manis, Kek Lumut, Marble Cheese, Horlicks dan banyak lagi.

“Kami ada kek roll yang dimasak menggunaka­n coklat premium, biasanya ia perlu dua kali kerja di mana selepas dilapis, ia perlu digulung pula.

“Kek lapis biasanya mengambil masa yang lama untuk dibuat dalam tempoh empat hingga lima jam, manakala yang kek roll pula perlu tambahan dua hingga tiga jam lagi.

“Semua itu disiapkan oleh 11 pekerja dengan menggunaka­n 10 ketuhar khas yang kami beli dari luar negara,” jelasnya.

Tambahnya, permintaan akan meningkat pada musim perayaan mencapai sehingga 20 ribu biji kek lapis dan dia mendapat bantuan 30 ejen dari seluruh Sabah.

Muhd Dhirar berkata, kek lapis akan bertahan lebih daripada enam bulan jika disimpan dalam penyejuk beku dengan syarat tidak bercampur dengan makanan lain.

“Jika disimpan di peti sejuk pula, ia mampu bertahan sehingga sebulan sebab keadaan peti sejuk yang kita sentiasa buka dan tutup untuk mengambil barangan.

“Selain itu, kek lapis sesuai dihidang untuk tetamu kerana warna serta coraknya yang menarik serta menjadi tarikan, rasanya juga berbeza dengan kek yang lain.

“Kek kami juga dibuat menggunaka­n butter dan marjerin, kami sediakan pilihan sebab kalau semuanya menggunaka­n butter, harga kek akan menjadi mahal dan kami risau pelanggan tidak mampu beli sedangkan kami mahu semua dapat rasa kek lapis sarawak ini,” ujarnya.

Katanya, adunan memainkan peranan untuk mendapatka­n kek yang lembap dan cara membakar juga perlukan penjagaan api yang betul supaya kek tidak kering ataupun hangus.

Muhd Dhirar juga sangat menitikber­atkan disiplin para pekerja ketika berada di bengkel dengan mewajibkan penggunaan apron dan sarung tangan, tangan perlu dicuci sebelum memulakan pekerjaan, tidak boleh merokok dan mesti memakai tudung kepala wanita.

Pelanggan yang datang ke premisnya juga biasanya di pelawa masuk ke bengkel untuk melihat sendiri cara pembikinan kek lapis dan kebanyakan yang datang pula merupakan pelancong yang dibawa oleh van pelanconga­n.

Sebagai seorang usahawan, Muhd Dhirar turut bersyukur dengan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) oleh kerajaan baharu kerana banyak membantu mengurangk­an kos bahan mentah.

“Sebelum ini, apabila harga meningkat disebabkan GST, kami tidak menaikkan harga produk kami kerana tidak mahu pelanggan terbeban, jadi kami tanggung sahaja. Jadi bila GST dimansuhka­n, kami sudah tidak perlu tanggung nilai GST lagi.

“Berlainan pula jika pelanggan yang beli dari Sarawak, mereka perlu menanggung kos GST daripada pembelian kek dan juga GST daripada kos pos. Jadi harga kek akan menjadi lebih mahal.

“Berbeza dengan di sini, mereka boleh datang terus tanpa perlu menanggung kos pos, harga pula kami letakkan yang mampu dimiliki, bermula dengan RM18 untuk saiz kecil dan RM90 untuk saiz 9x9 manakala kek roll pula RM25,” katanya.

Selain daripada warga tempatan, pelanggan yang pernah menempah kek lapisnya berasal daripada Singapura dan Brunei manakala pelanggan yang datang ke premisnya akan membawa balik ke tempat asal mereka di London dan China.

Produk mereka juga dipromosik­an di laman web Agrobazaar Kedai Rakyat manakala Jabatan Pembanguna­n dan Perindustr­ian juga memberikan bantuan berbentuk geran berjumlah RM15 ribu untuk pembelian mesin.

 ??  ?? SALAH seorang pekerja memasukkan stok ke dalam penyejuk beku supaya kek tahan lama.
SALAH seorang pekerja memasukkan stok ke dalam penyejuk beku supaya kek tahan lama.
 ??  ?? MUHD Dhirar menunjukka­n kek lapis yang dijualnya.
MUHD Dhirar menunjukka­n kek lapis yang dijualnya.
 ??  ?? WARNA warni kek lapis menarik perhatian tetamu di pagi Aidilfitri.
WARNA warni kek lapis menarik perhatian tetamu di pagi Aidilfitri.
 ??  ?? PROSES pembikinan kek lapis di bengkel D’ita Kek Lapis Borneo.
PROSES pembikinan kek lapis di bengkel D’ita Kek Lapis Borneo.
 ??  ?? KEK dibakar dengan api yang betul supaya kek tetap lembab ketika dimakan.
KEK dibakar dengan api yang betul supaya kek tetap lembab ketika dimakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia