Utusan Borneo (Sabah)

Rogol gadis bawah umur, tukang masak dipenjara 10 tahun

Rogol gadis bawah umur sehingga mengandung, lahirkan bayi

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing dikenakan penjara sepuluh tahun, oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan merogol seorang gadis bawah umur.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Alman Saad, 21, selepas menukar pengakuan kepada bersalah.

Tertuduh merogol mangsa yang berusia 14 tahun, sekitar Februari tahun lalu jam 7 pagi di sebuah rumah, Lok Kawi, Kinarut.

Alman disabitkan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat.

Berdasarka­n fakta kes yang dikemukaka­n, tertuduh yang bekerja sebagai tukang masak mengenali mangsa.

Pada hari kejadian, mangsa pergi ke rumah tertuduh kerana terlupa dompetnya di sana.

Tertuduh yang berada di rumahnya kemudian menjemput mangsa masuk ke dalam biliknya, lalu merogol mangsa.

Pada 7 Ogos 2017, laporan polis dibuat terhadap tertuduh selepas mangsa didapati mengandung akibat daripada kejadian itu.

Mangsa melahirkan seorang bayi pada 8 November 2017 dan laporan DNA mengesahka­n, menunjukka­n tertuduh ayah kepada bayi terbabit.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n.

Bagaimanap­un Timbalan Pendakwara­ya Husna Abdul Halim menegaskan, hukuman berat harus dikenakan.

Azreena memerintah­kan tertuduhme­njalanihuk­uman itu bermula dari tarikh tangkap, setelah itu dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Tertuduh merogol mangsa yang berusia 14 tahun, sekitar Februari tahun lalu jam 7 pagi di sebuah rumah, Lok Kawi, Kinarut. ”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia