Utusan Borneo (Sabah)

PDRM diminta siasat 81 dakwaan terhadap Musa

Merangkumi pelbagai perkara

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan diminta membuat siasatan lanjut mengenai 81 dakwaan terhadap mantan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

“Dengan adanya kesemua laporan diterima, diharapkan pihak berkenaan akan mudah membuat siasatan seterusnya melaksanak­an tindakan sepatutnya untuk keadilan dan kepentinga­n rakyat di negeri ini.”

TAN LEE FATT Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas Tan Lee Fatt berkata, 81 dakwaan itu merangkumi perkara yang mengatakan Musa sudah tidak layak menjadi Ketua Menteri.

“Pagi tadi (Isnin), kami menerima kiriman dokumen melalui laman sosial Whatsapp daripada seseorang yang mengandung­i 81 dakwaan terbabit.

“Susulan itu, kami membuat laporan polis pada jam 2 petang bagi memudahkan pihak polis membuat tindakan sepatutnya ke atas Tan Sri Musa Aman sekiranya dakwaan benar,” katanya ketika sidang media di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Tan berkata pihaknya juga akan menghantar semua dokumen dan laporan polis kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SKMM) hari ini (Selasa) pada jam 11 pagi.

Katanya, ia bagi melaksanak­an siasatan terperinci tentang kesemua dakwaan yang melibatkan kesalahan jenayah dan rasuah yang dilakukan oleh Musa sepanjang pentadbira­nnya sama ada benar atau sebaliknya.

“Dengan adanya kesemua laporan diterima, diharapkan pihak berkenaan akan mudah membuat siasatan seterusnya melaksanak­an tindakan sepatutnya untuk keadilan dan kepentinga­n rakyat di negeri ini,” katanya.

Pada 17 Mei, Musa menfailkan writ saman terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin bagi mengekalka­n jawatannya sebagai Ketua Menteri Sabah yang disandangn­ya pada 10 Mei lalu.

Susulan tindakan Musa itu, Juhar bertindak membuat laporan polis terhadap pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu pada 20 Mei.

 ??  ??
 ??  ?? TAN (tengah) menunjukka­n laporan polis dan keratan akhbar berkaitan mantan Ketua Menteri kepada pemberita.
TAN (tengah) menunjukka­n laporan polis dan keratan akhbar berkaitan mantan Ketua Menteri kepada pemberita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia