Utusan Borneo (Sabah)

Francis lepas jawatan MCA

Disebabkan parti itu tidak lagi relevan di Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Datuk Francis Gohtelah melepaskan jawatan sebagai timbalan pengerusi MCA Sabah dan juga ketua bahagian parti itu di Penampang.

Beliau yang kini hanya ahli biasa MCA menjelaska­n Datuk Paul Kong akan mengambil semula jawatan ketua bahagian MCA Penampang.

Katanya, perletakan jawatan beliau dalam MCA Sabah itu disebabkan parti itu tidak lagi relevan di negeri ini.

“Kini Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko), Parti Bersatu Rakyat

“Sekarang Pakatan Harapan (PH) dan Warisan adalah kerajaan pemerintah... berilah mereka peluang untuk menunaikan janji yang diberikan ” ketika kempen pilihan raya lalu.

DATUK FRANCIS GOH Mantan timbalan pengerusi MCA

Sabah (PBRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) telah meninggalk­an Barisan Nasional (BN).

“Mungkin Umno juga akan menyertai Gabungan Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berpendapa­t kelangsung­an hidup parti MCA, Gerakan dan MIC di sini adalah bergantung kepada BN.

“Kini, BN mungkin akan dibubarkan di negeri ini, MCA Sabah tidak lagi relevan,” katanya.

Pada ketika ini, beliau akan kembali memberikan fokus kepada bidang perniagaan yang diceburi sebelum ini.

Bagaimanap­un, Francis akan terus berkecimpu­ng dalam bidang politik, di mana beliau akan memberikan pendapat mengenai politik menerusi media hanya sebagai seorang rakyat biasa dan badan bebas.

Dalam pada itu, beliau turut tidak menafikan kemungkina­n menyertai mana-mana parti politik tempatan yang mempunyai semangat perjuangan dan aspirasi terbaik untuk rakyat Sabah.

“Sekarang Pakatan Harapan (PH) dan Warisan adalah kerajaan pemerintah... berilah mereka peluang untuk menunaikan janji yang diberikan ketika kempen pilihan raya lalu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia