Utusan Borneo (Sabah)

Selesaikan isu status kakitangan MDPg

-

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemantau Sukarelawa­n Penampang (Pantau Penampang) menyeru Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) menyelesai­kan isu ketidakpas­tian status pekerjaan kakitangan Majlis Daerah Penampang (MDPg) dengan kerajaan negeri.

Pengerusin­ya Jo Nandu berkata, masih ada kakitangan yang tersenarai di bawah status ‘sementara’ yang belum dilantik menjadi pegawai tetap walaupun sudah bekerja lebih daripada satu dekad dan lulus syarat-syarat yang diperlukan.

“Isu ini tidak baik kerana sesetengah daripada mereka mungkin terlepas skim pencen jika berterusan dan tidak ditangani segera.

“Saya difahamkan bahawa MDPg sudah mengemukak­an kepada KKTP nama-nama yang layak dinaik taraf dan saya berharap menteri baharu akan meneliti perkara ini dengan segera dan pada masa yang sama, MDPg perlu melakukan tindakan lanjut dengan kementeria­n itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Jelasnya, pihak berkaitan tidak seharusnya memandang remeh isu masa depan beberapa kakitangan PDC yang disenaraik­an sebagai pekerja gaji harian.

Hal ini kerana katanya, kakitangan itu juga menyumbang kepada pengurusan daerah melalui komitmen mereka untuk melaksanak­an pekerjaan dan tanggungja­wab yang diamanahka­n.

“Sekiranya kita tidak memperlaku­kan kakitangan kita dengan betul dengan memberikan misalnya gaji bulanan tetap, kemudian pada masa akan datang, penduduk tempatan kita akan menolak untuk memohon pekerjaan ini.

“Jika ini terjadi, kita akan mula menswastak­an beberapa pekerjaan atau lebih buruk lagi, menggaji warga asing untuk melakukan pekerjaan,” katanya.

Selain itu, Nandu juga menggesa pihak berkenaan supaya mengakhiri amalan nepotisme di MDPg dan menetapkan bahawapeke­rjaan dalam agensi itu tidak boleh dibuat dengan campur tangan menteri.

Katanya, pemilihan pekerja dalam MDPg perlu dibuat melalui sistem meritokras­i dan pilihan itu harus diberikan kepada penduduk di daerah itu dan bukannya dari daerah lain seperti Tuaran atau Putatan.

“Penggajian pekerja luar negeri hanya boleh dibuat sekiranya terdapat kekurangan kakitangan yang cekap di MDPg yang memerlukan pekerjaan untuk mengelakka­n kelewatan di mana-mana bahagian.

“Bagi kakitangan MDPg yang sudah bekerja melalui cadangan atau campur tangan oleh menteri-menteri kerajaan terdahulu, mungkin idea baik adalah memindahka­n mereka ke daerah lain di Sabah dan tempat mereka diisi oleh penduduk Penampang yang tulen melalui proses temuduga dan sebagainya,” katanya.

Beliau juga menyeru supaya MDPg mengakhiri budaya pembaziran serta kronisme dan berharap pegawai daerah serta ahli majlis baharu akan memberi keutamaan yang tinggi kepada dua isu berkenaan.

“Kami telah mendengar banyak aduan oleh orang Penampang pada masa lalu mengenai pembaziran dana melalui banyak projek yang tidak perlu seperti pembinaan gong kecil yang terkenal di atas tiang lampu jalan yang boleh dilihat di seluruh pekan Donggongon.

“Saya tidak tahu berapa banyak yang telah dibelanjak­an untuk projek ini tetapi saya menganggap dana itu sepatutnya digunakan untuk menaik taraf sistem perparitan di kawasan yang paling teruk terjejas untuk mengurangk­an kesan banjir,” katanya.

 ??  ?? JO NANDU
JO NANDU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia