Utusan Borneo (Sabah)

Projek tebatan banjir fokus utama di Permatang Pauh

-

BUKIT MERTAJAM: Projek tebatan banjir menjadi antara projek utama akan dilaksanak­an di Parlimen Permatang Pauh, kata Anggota Parlimen kawasan berkenaan Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata sistem perparitan lama di beberapa kawasan dalam parlimen itu akan dinaik taraf kepada yang baharu dan kajian untuk tebatan banjir turut akan dijalankan.

“Saya rasa ini sangat penting kerana bertahun-tahun, berdekad-dekad masalah banjir ini dihadapi banyak negeri. Masalah utama adalah sistemperp­aritan terutamany­a di Taman Siakap di Seberang Jaya.

“Majlis Perbandara­n Seberang Perai (MPSP) sudah melaksanak­an beberapa projek untuk menaik taraf sistem perparitan yang lama kepada sistem perparitan baharu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke pejabat MPSP, di sini pada Isnin.

Nurul Izzah berkata buat masa ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri sedang melakukan kajian sistem perparitan bagi kawasan Taman Siakap serta Taman Senangin di Seberang Jaya, dan kajian itu dijadual siap Oktober depan.

“Apabilakaj­iansiap perkara ini akan dibentangk­an dalam Jawatankua­sa Tebatan Banjir untuk diteliti dari segi kos dan sebagainya termasuk kebolehlak sanaannya dan kita tunggu tindakan selanjutny­a,” kata beliau.

Mengikut rekod, Pulau Pinang berdepan 119 kali banjir sejak 2013 hingga 15 Okt tahun lepas.

Dalam pada itu, Nurul Izzah berharap proses desentrali­sasi termasuk membabitka­n aspek fizikal dapat dilaksanak­an dengan baik di negeri ini.

“Kita tidak mahu Pulau Pinang terkebelak­ang sedangkan dalam banyak aspek ke hadapan... mendapat perbelanja­an dan bantuan yang perlu bagi membangunk­an negeri ini haruslah diberikan menerusi kerjasama baik dan erat di peringkat pusat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia