Utusan Borneo (Sabah)

Graduan Kejurutera­an Awam UMS sedia penuhi pasaran sektor pembinaan negara

-

KOTAKINABA­LU: Kursus teknikal Acuan dan Perancah Binaan yang melibatkan pelajar Fakulti Kejurutera­an (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu mengetenga­hkan kepada peserta tentang kemahiran teknikal serta pengalaman sebagai persediaan bakal graduan Kejurutera­an Awam untuk memenuhi pasaran sektor pembinaan negara.

Menurut pengarah program, Sahaluddin Syah Jawaludi, program itu penting bagi pelajar Kejurutera­an Awam sebagai salah satu medium pembelajar­an selain daripada kuliah.

“Sesi seminar yang diadakan dapat menambah pengetahua­n dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang sistem acuan dan perancah binaan.

“Bagi sesi praktikal pula, peserta berpeluang mencuba sendiri kaedah pemasangan sistem acuan dan perancah binaan, ini secara tidak langsung dapat menguatkan lagi kemahiran pelajar dan menambah pengalaman yang berharga,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kejurutera­an Awam Sr Asmawan Mohd Sarman berkata sepanjang program itu berlangsun­g, para pelajar berpeluang untuk diketengah­kan dengan penggunaan teknologi mesin dan peralatan dari Jerman yang disediakan oleh Syarikat PERI Formwork Malaysia Sdn Bhd.

“Diharapkan program ini memberi pendedahan awal kepada pelajar yang bakal menempuhi pasaran sektor pembinaan pada masa akan datang dan sekali gus mereka lebih bersedia dengan suasana kawasan pembinaan yang terkenal dengan 3D, iaitu, ‘Danger, Dirty and Difficult’.

“Selain itu, program ini juga dapat melahirkan graduan yang berkualiti, berkeyakin­an dan berintegri­ti,” katanya.

Pelajar tahun dua Kejurutera­an Awam, Fatin Munirah Mohd ketika berkongsi pengalaman beliau berkata, program itu sangat bermanfaat kepada pelajar yang mengambil jurusan kejurutera­an.

“Ini kerana, graduan kejurutera­an seharusnya mempunyai pendedahan berkaitan perihal praktikal seperti penggunaan perancah di tapak pembinaan,” katanya.

Program yang berlangsun­g selama tiga hari itu disertai seramai 70 pelajar dan pensyarah Kejurutera­an Awam.

 ??  ?? PARA peserta kursus yang terdiri daripada pelajar Kejurutera­an Awam UMS merakamkan gambar kenangan.
PARA peserta kursus yang terdiri daripada pelajar Kejurutera­an Awam UMS merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia