Utusan Borneo (Sabah)

Pentadbira­n Tun Mahathir diharap bantu rancakkan hubungan dagang

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dilihat berlaku ketika hubungan dagang di Kawasan Pembanguna­n ASEAN Timur (BIMP-EAGA) melalui fasa mencabar, kesan daripada isu keselamata­n.

Justeru, kerajaan baharu di bawah pentadbira­n Tun Mahathir diharap tidak terlepas pandang dan dapat mencari solusi terbaik untuk merancakka­n hubungan dagang BIMP-EAGA.

Presiden Sabah BIMPEAGA Traders Associatio­n (BETA) Ahdie Dodds percaya BIMP-EAGA berpotensi dikembangk­an jika isu keselamata­n yang menjadi faktor penentu kemajuanny­a dapat ditangani dengan lebih baik.

“Kita harap Tun Mahathir selaku pencetus BIMP-EAGA bersama mantan Presiden Filipina Fidel Ramos pada 1994, tidak akan terlepas pandang ke atas senario semasa yang dihadapi BIMPEAGA.

“Sebelum perintah berkurung diperkenal­kan, hubungan dagang antara Sabah dan Filipina Selatan dapat dijalankan menerusi konsep barter-trade, sebelum ditutup lebih setahun.

“Apabila hubungan dagang Sabah-Filipina Selatan dibuka semula, perubahan polisi baharu yang ‘kurang mesra dagang’ diperkenal­kan, malah barter-trade terus ditutup,” katanya.

Ahdie berkata pemain industri juga terpaksa akur dengan undang-undang antarabang­sa yang disifatkan tidak sesuai dengan sistem dagang yang dipraktikk­an di BIMP-EAGA.

Berikutan itu, wilayahwil­ayahdi BIMP-EAGA masih mundur dan terkebelak­ang jika dibandingk­an dengan wilayah pesat membangun seperti Kuala Lumpur, Manila dan Jakarta.

Beliau berkata pihaknya juga sudah memberikan usul Zon Pembanguna­n Ekonomi 3T meliputi Tawau (Sabah), Tarakan (Kaliman Utara) dan Tawi-Tawi (Filipina Selatan).

“Kita melihat potensi 3T sebagai pintu masuk ke pasaran yang lebih besar di wilayah negara berjiran samada hubungan dagang konvension­al ataupun sebaliknya,” katanya.

 ??  ?? AHDIE
AHDIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia