Utusan Borneo (Sabah)

Shell pelawa rakyat Malaysia lakukan perubahan

-

KUALA LUMPUR: Shell mempelawa seluruh rakyat Malaysia untuk melakukan perubahan dalam kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik menerusi ‘Shell Raya Charity Campaign 2018’.

Setelah empat tahun diadakan, tempoh penganjura­n inisiatif ini telah diperluask­an sehingga sembilan hari, dengan tambahan derma sehingga 2 sen (RM0.02) bagi pembelian setiap satu liter bahan api dengan peny- ertaan Mastercard.

Kempen ini bermula dari 19 Mei dan bersambung pada 26 Mei, 2 Jun dan 9 hingga 14 Jun 2018. Pada hari berkenaan, Shell akan mendermaka­n RM0.01 bagi setiap satu liter minyak yang dibeli di mana-mana stesen Shell seluruh negara. Tambahan RM0.01 per liter lagi akan disumbangk­an oleh Mastercard apabila pemilik kenderaan menggunaka­n Mastercard bila mengisi minyak kenderaan mereka.

“Misi Shell ialah untuk menjadikan perjalanan hidup rakyat Malaysia lebih baik, dengan menawarkan bahan api berkualiti tinggi dan membuat impak positif dalam komuniti di mana kami beroperasi.

“Kanak-kanak adalah masa depan negara dan kita percaya dengan memberi sokongan kepada kanakkanak yang memerlukan bagi membantu mereka mencapai potensi penuh mereka.

“Melalui kemurahan hati rakyat Malaysia pada tiga tahun lepas, kami telah berupaya melakukan perubahan dala kehidupan lebih 5,200 kanak-kanak kurang bernasib baik,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading dan Shell Timur Sdn Bhd Shairan Huzani Husain.

Beliau berkata pada tahun ini, Mastercard telah memutuskan untuk mengambil bahagian dalam program itu.

“Shell merasa bangga menerima Mastercard sebagai rakan dalam Shell Raya Charity Campaign 2018. Kami yakin bahawa melalui kerjasama para pengguna kenderaan di seluruh negara, kita dapat membantu kanakkanak ini dan memberi harapan bagi masa depan yang lebih cerah kepada mereka,” tambahnya.

Pengurus Mastercard Wilayah Malaysia dan Brunei Perry Ong berkata Mastercard merasa gembira dapat bekerjasam­a dengan Shell dalam kempen yang memberi semula kepada komuniti sempena salah satu musim perayaan di negara ini.

“Inisiatif ini menekankan komitmen Mastercard untuk menyokong perkara yang penting memandangk­an pembanguna­n kanak-kanak adalah sebahagian daripada usaha tidak ternilai peringkat global syarikat yang menghimpun­kan rakan niaga dan pemegang kad untuk melakukan kebaikan.

“Derma memainkan peranan menyokong penyediaan makanan di sekolah sebagai nutrisi penting bagi kanakkanak. Selain itu, pemegang kad juga boleh membuat sumbangan amal melalui Mastercard Donations Platform, iaitu satu platform digital yang membolehka­n masyarakat menyumbang derma dengan selesa dan selamat,” katanya.

Shell Raya Charity Campaign memfokuska­n kepada membangunk­an kanakkanak kurang bernasib baik sejak ia diwujudkan pada 2015. Berkat sumbangan ikhlas dan sokongan pada pemilik kenderaan, derma yang dikutip membolehka­n badan kebajikan membiayai program, menambah baik kemudahan dan memperbaha­rui peralatan pejabat.

Pada tahun ini, sumbangan itu akan didermakan kepada tujuh badan kebajikan terpilih di seluruh negara: Pergerakan Kalsom (seluruh negara); Yayasan Chow Kit (Lembah Klang); Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (Pantai Timur, Utara, Selatan); Projek T.R.Y (Transforma­si Belia Luar Bandar, Sabah); Pertubuhan Ibu Bapa KanakKanak Keperluan Istimewa Sarawak; Montfort Youth Training Centre, Sabah; dan HAUS, Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia