Utusan Borneo (Sabah)

‘Tegakkan urus tadbir tanpa takut, pilih kasih’

-

PUTRAJAYA: Hala tuju dasar di bawah pentadbira­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad amat jelas, di mana perkhidmat­an awam perlu mematuhi sepenuhnya kedaulatan undangunda­ng dan menegakkan urus tadbir tanpa takut atau pilih kasih.

Menyatakan demikian, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata perkhidmat­an awam telah juga mengikrark­an sokongan tanpa syarat kepada kerajaan dan menegakkan segala prinsip pentadbira­nnya.

Beliau bercakap kepada Bernama ketika diminta mengulas ingatan Dr Mahathir agar petugas pentadbira­n memainkan peranan penting sebagai orang yang telah berikrar untuk berkhidmat kepada negara tanpa takut atau pilih kasih.

Dalam pertemuan rasmi pertamanya dengan petugas awam hari ini, Dr Mahathir berkata jika pentadbir diberitahu supaya melakukan sesuatu yang bertentang­an dengan undang-undang negara, maka menjadi tanggungja­wab mereka agar tidak mengikuti arahan itu.

“Kita dapati, dalam beberapa tahun lalu, pentadbir tidak mempunyai kuasa untuk menolak atau menentang arahan yang bersalahan dengan undang-undang,” kata perdana menteri.

Pertemuan rasmi hari ini adalah yang pertama selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 11 Mei, berikutan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam (KPPA) Tan Sri Zainal Rahim Seman berpendapa­t teguran Dr Mahathir itu amat tepat dan perlu ditunaikan oleh semua penjawat awam berasaskan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dalam memacu pembanguna­n negara.

Beliau berkata penjawat awam perlu memulakan tindakan baharu dengan mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan mereka bersikap integriti dan jujur dalam melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab.

“Penjelasan Tun Dr Mahathir harus diterapkan dalam sanubari untuk meyakinkan penjawat awam dalam memacu pembanguna­n dan melaksanak­an tugas-tugas dengan penuh komitmen dan dedikasi,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Seorang penjawat awam khususnya pegawai kanan perlu ada keupayaan untuk memberikan nasihat yang betul apabila berlaku sesuatu perkara melibatkan konflik kepentinga­n agar tugastugas­an boleh dijalankan dengan amanah.

“Kalau perkara itu betul, katakan ya dan kalau perkara itu salah, perlu berani katakan tidak dalam melaksanak­an tugasan. Jangan hanya ikut macam dahulu.

“Cara Dr Mahathir adalah - anda mesti berani menasihat dan berani nyatakan sama ada ia benar atau salah. Saya kira ini betul dan amalan yang cukup baik. Saya cukup gembira,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia