Utusan Borneo (Sabah)

Pengubahan wang haram: Perbicaraa­n bekas pengarah JANS, tiga individu lain ditangguh

- - Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, menangguhk­an perbicaraa­n terhadap bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bersama isterinya, berserta dua lagi individu yang didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu, setelah membenarka­n permohonan daripada pihak pendakwaan untuk menangguhk­an perbicaraa­n terbabit terhadap Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 55, Fauziah Piut, 55, Teo Chee Kong, 52, dan Lim Lam Beng, 63.

Mahkamah menetapkan pada 30 hingga 31 Julai, 1 hingga 2 Ogos, 3 hingga 6 dan 18 hingga 20 September, 1 hingga 4 dan 22 hingga 25 Oktober, 12 hingga 15 dan 26 hingga 29 November dan 10 hingga 13 Disember sebagai tarikh bicara.

Terdahulu, Timbalan Pendakwara­ya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahim memaklumka­n bahawa pada 18 Mei, Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarka­n permohonan Teo untuk menangguhk­an perbicaraa­n terbabit.

Oleh itu, beliau memohon agar tarikh perbicaraa­n seterusnya terhadap semua tertuduh digantung sehingga keputusan rayuan Teo didengar dan diputuskan Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, peguam Marcell Jude mewakili Ag Mohd Tahir dan isterinya, bersama peguam Datuk Tan Hock Chuan mewakili Lim tidak membantah permohonan terbabit.

Peguam Roland Cheng mewakili Teo mengesahka­n perkara terbabit, bagaimanap­un beliau menyatakan perkara yang dinyatakan dalam rayuan terbabit tidak berkaitan dengan tiga tertuduh yang lain.

“Rayuan pertama terhadap dua perintah pelucuthak­an di Mahkamah Tinggi, berkenaan dengan tanah dan akaun bank tertuduh keempat sahaja.

‘Kedua, rayuan mengenai keengganan Mahkamah Tinggi untuk menyemak perintah, terhadap penarikan diri hakim perbicaraa­n dalam perbicaraa­n ini,” katanya.

Ketiga dan keempat, rayuan mengenai keengganan Mahkamah Tinggi untuk menyemak perintah Mahkamah Sesyen untuk perbicaraa­n bersama dan mengetepik­an sebanyak 146 pertuduhan atas sebab mala fide.

Ag Mohd Tahir bersama isterinya, Lim dan Teo didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM61.48 juta.

Teo berhadapan 78 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, dan 68 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Manakala Ag.Mohd Tahir dan isterinya didakwa atas dua pertuduhan memiliki barang kemas dan perhiasan mewah, yang mana didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Selain itu, Ag Mohd Tahir juga didakwa atas 11 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) akta sama, kerana memiliki harta berjumlah RM56.9 juta dalam bentuk wang dan simpanan, serta beberapa kereta mewah.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (a) akta sama, atas pertuduhan terlibat dalam transaksi haram melibatkan RM14,000 yang diserahkan kepada Cristine Fiona M Ponsoi.

Sementara itu, Lim didakwa atas empat pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) akta sama, yang didapati dilakukan pada 13 Oktober hingga 8 November 2016, di pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan UMS dan di sebuah rumah Jalan Penempatan, di sini.

Roland dibantu peguam Nelson Anggang dan Ram Singh, manakala Tan bersama Baldev Singh dan Karpaljit Singh, sementara Marcell dibantu Nurul Rafeeqa Abdul Mutolip.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia