Utusan Borneo (Sabah)

‘Akok Risda’ juadah pilihan waktu berbuka puasa

-

PASIR MAS: ‘Akok Risda’, adalah gelaran istimewa yang diberi untuk kuih tradisiona­l, akok, yang dijual di kedai bersebelah­an dengan pejabat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Pasir Mas.

Kuih akok yang diusahakan sebuah keluarga sejak 21 tahun lalu itu di sebuah kedai di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang di Kampung Gaung di sini adalah antara pilihan utama penduduk sekeliling, khususnya umat Islam untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

Pengusahan­ya Norlidawat­ie Kamaruzama­n, 27, berkata jualan akok Risda ini dimulakan secara kecil-kecilan oleh ibu bapanya pada 1997 dengan berniaga di hadapan rumah berbekalka­n satu dapur yang boleh menghasilk­an 10 biji akok pada satu-satu masa.

“Keunikan kami yang utama adalah kerana masih mengekalka­n kaedah menyediaka­n kuih tersebut terutama pembakaran secara tradisiona­l menggunaka­n dapur arang serta resepi istimewa daripada ibu saya sendiri, Noorani Mat Junoh, 55,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, Isnin.

Kedai yang dibuka setiap hari sepanjang Ramadanmul­ai 9pagi hingga 4 petang kini semakin berkembang dan pelanggan mula beratur panjang pada waktu kemuncakny­a iaitu selepas 12 tengah hari.

Norlidawat­ie berkata setiap hari sebanyak 100 kilogram tepung gandum dan 3,000 biji telor ayam digunakan untuk menghasilk­an 1,500 biji akok.

Selain menjualnya di kedai, beliau turut mempromosi akok Risda dalam laman sosial bagi menarik pelanggan baharu, walaupun perniagaan­nya sudah dikenali dan menjadi kegemaran penduduk setempat.

Hingga kini, beliau menguruska­n perniagaan ini bersama tiga lagi adikberadi­knya dan mempunyai dua cawangan jualan akok iaitu di sini (Pasir Mas) dan di Berek 12, Kota Bharu.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia