Utusan Borneo (Sabah)

JPKA Sandakan kesan ibu kandung kanak-kanak

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am (JPKA) Bahagian Sandakan sedang mengesan ibu kandung kepada seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun 7 bulan yang ditinggalk­an dalam jagaan seorang penjaga sejak berusia sebulan.

Pegawai Pelindung Hairani Abd Hamid berkata kanakkanak terbabit yang dikenali sebagai Norfazilah Abdullah kini dalam jagaan penjaga iaitu Amsiah Asim.

Beliau berkata menurut penjaga, ibu kandung kanakkanak itu datang ke rumahnya di perkampung­an yang masih didiaminya sekarang di sebuah rumah kongsi, Kampung Tabah Baru, Karamuntin­g di sini, mencari pengasuh untuk diambil bekerja di rumah bagi mengasuh kanak-kanak berkenaan yang ketika itu baru dilahirkan.

“Bersimpati dengan ibu kandung, penjaga berkenaan menawarkan diri untuk menjaga kanak-kanak terbabit,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, penjaga tidak berpeluang bertanyaka­n latar belakang ibu kandung kerana dia hanya meluangkan masa sekejap sahaja melawat anaknya pada bulan pertama dan tidak pernah tampil selepas itu sehingga sekarang.

Menurut penjaga, beliau langsung tidak mengenali ibu kandung, namun melihat dari caranya berpakaian yang kemas, sopan dan sering berkaca mata hitam, ibu kandung kelihatan seperti wanita berkerjaya, ketika itu berumur dalam lingkungan awal 20an.

Beliau berkata atas rasa tanggungja­wab terhadap kebajikan kanak-kanak yang sehingga kini masih dalam jagaannya, penjaga merujuk kes kanak-kanak itu kepada pihaknya kerana kanakkanak itu ditinggalk­annya tanpa sebarang dokumen, dan kelahirann­ya sehingga kini belum didaftarka­n ke Jabatan Pendaftara­n Negara.

Tambahnya ketiadaan sijil kelahiran juga menyebabka­n kanak-kanak terbabit tidak dapat didaftarka­n ke prasekolah.

Sehubungan itu, Hairani meminta ibu kandung kanak-kanak berkenaan atau ahli keluarga dan mereka yang mengenali beliau (ibu kandung) tampil untuk membantu siasatan kes itu.

“Sebarang maklumat, boleh menghubung­i saya di Pejabat Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sandakan atau melalui talian 089-668498,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia