Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk semangat kerjasama melalui gotong-royong

-

BELURAN: Satu gotongroyo­ng membersihk­an tanah perkuburan Islam bagi mukim Kampung (Kg) Kolapis telah diadakan sebelum ketibaan bulan puasa.

Gotong-royong itu melibatkan kerjasama daripada penduduk Kg Kolapis Darat, Kg Kolapis Laut, Kg Sungai Nafas dan Kg Cahaya Baru.

Menurut wakil penganjur gotong-royong berkenaan, Mad Rahil Ismail, gotongroyo­ng itu dilaksanak­an sebagai usaha menjadikan tanah perkuburan sentiasa bersih dan memudahkan ia dikunjungi oleh pelawat pada bulan Syawal nanti.

Katanya, gotong-royong juga bertujuan mengeratka­n lagi silaturahi­m dalam kalangan penduduk kampungkam­pung yang terlibat serta meningkatk­an lagi keimanan penduduk.

“Aktiviti gotong-royong ini merupakan anjuran AJK Masjid Miftahul Jannah dengan kerjasama Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Zon Beluran. Ia adalah salah satu sumbangan bakti bagi kemakmuran kampung terutama dari Mukim Kg Kolapis.

“Ia juga sebagai langkah mengeratka­n lagi hubungan AJK Masjid Miftahul Jannah dengan penduduk kampung untuk samasama berganding bahu dan membentuk persefaham­an dalam melaksanak­an apa jua perkara,” jelasnya.

Beliau berkata seramai 40 penduduk kampung yang terdiri daripada belia terlibat dalam gotong-royong berkenaan. Penyertaan belia secara tidak langsung dapat membentuk modal insan dan jati diri mereka.

“Aktiviti yang melibatkan belia ini secara tidak langsung berjaya menanam semangat melakukan kerja kebajikan dalam kalangan belia kampung dengan harapan ia boleh diterapkan dalam kehidupan harian mereka,” katanya.

 ??  ?? KAWASAN perkuburan ditumbuhi rumput dan semak samun yang dibersihka­n dalam gotong-royong itu.
KAWASAN perkuburan ditumbuhi rumput dan semak samun yang dibersihka­n dalam gotong-royong itu.
 ??  ?? MAD Rahil (berdiri, lima dari kiri) bersama penduduk kampung yang terlibat dalam gotong-royong berkenaan.
MAD Rahil (berdiri, lima dari kiri) bersama penduduk kampung yang terlibat dalam gotong-royong berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia