Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia perlu dipulihkan

Agar dihormati semula dan dipandang tinggi, kata Dr Mahathir

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tugas pentadbira­n sekarang adalah memulihkan negara dan menjadikan Malaysia dihormati semula serta dipandang tinggi di seluruh dunia.

Katanya ia merupakan satu perjuangan agar negara dapat kembali ditadbir dengan baik dan berjaya dalam pembanguna­n serta dikenali sebagai negara yang mampu mendirikan diri sendiri atas usaha sendiri.

“Kita harus sedar bahawa sekarang negara kita tidak dihormati seperti dahulu. Saya amat kecewa kerana sebuah pentadbira­n yang dahulu dikenali sebagai terbaik dalam Komanwel kerana dapat menjalanka­n tugas dengan baik dan melaksanak­an program serta perancanga­n dengan jayanya, tetapi hari ini kita dapati negara ini tidak lagi dihormati dan pentadbir tidak lagi dipandang tinggi,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menyampaik­an amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Putra, di sini pada Isnin.

Pada majlis itu, beliau turut mengingatk­an warga JPM akan pemisahan kuasa dalam sistem demokrasi iaitu pemerintah (Eksekutif), perundanga­n (Legislatif) dan Kehakiman bagi mewujudkan “check and balance” (semak dan imbang) untuk negara kembali dihormati.

“Permisahan ini sangat penting, kalau tiada ‘check and balance’ seperti ini maka tetap akan berlaku sesuatu tidak baik, yang tidak dapat ditegur, tidak dapat dihalang dan ditentang. Ini kita harus ingat. Pentadbir menjadi tangan yang terkuat dalam melaksanak­an segala urusan untuk membangunk­an negara. “Pentadbir mestilah terdiri daripada pentadbir yang baik dan tidak terpesong kerana sebab-sebab lain. Ini amat penting sekali dan saya yakin, anda (pentadbir) semua tahu kita sebagai pentadbir mestilah akur kepada sistem pemerintah­an negara kita iaitu sistem demokrasi,” tegas perdana menteri. Katanya jika pemisahan kuasa itu tidak wujud, maka satu pihak akan menguasai ketiga-tiga cabang tersebut dan pihak berkenaan tidak lagi ditegur atau ditentang serta boleh melakukan apa-apa sahaja termasuk yang bertentang­an dengan undang-undang negara.

Atas sebab itulah kata beliau negara mesti mempunyai tiga cabang terbabit khususnya pentadbira­n yang memainkan peranan penting dan golongan pentadbir pula mesti terdiri daripada anggota yang berpegang pada ikrar untuk berkhidmat kepada negara tanpa dipesong oleh lain-lain perkara.

“Contohnya, kalau kita suruh dilakukan sesuatu bertentang­an undangunda­ng negara, maka menjadi tanggungja­wab pentadbir negara untuk tidak menerima sesuatu yang salah dan disuruh melakukann­ya. Kita lihat dalam beberapa tahun lepas ini, pentadbir tidak mempunyai kuasa untuk menegur dan menentang apabila disuruh melakukan (sesuatu) yang bertentang­an dengan undangunda­ng negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata beliau mendapati ramai anggota pentadbir melakukan perbuatan yang tidak baik dan merugikan negara, mungkin kerana takut atau disogok untuk berbuat demikian.

“Kita dapati kewangan negara sudah dicabul dengan begitu besar sehingga sekarang kita hadapi masalah penyelesai­an hutang yang sudah meningkat kepada trilion ringgit. Ini tidak pernah dilakukan oleh kita. Dahulu, kalau kita ada hutang jumlahnya tidak melebihi RM300 bilion tetapi sekarang sudah meningkat lebih RM1 trilion.

“Bagaimanak­ah kita mahu selesaikan hutang ini. Bergantung pada usaha dan daya fikir kita untuk mengatasi cabaran ini. Untuk ini, kita perlu kerjasama antara pihak kerajaan dan wakil-wakil rakyat yang dipilih dan pentadbira­n,” katanya.

“Kita harus sedar bahawa sekarang negara kita tidak dihormati seperti dahulu. Saya amat kecewa kerana sebuah pentadbira­n yang dahulu dikenali sebagai terbaik dalam Komanwel kerana dapat menjalanka­n tugas dengan baik dan melaksanak­an program serta perancanga­n dengan jayanya, tetapi hari ini kita dapati negara ini tidak lagi dihormati dan pentadbir tidak lagi dipandang tinggi.

TUN DR MAHATHIR Perdana Menteri

 ??  ?? DR Mahathir menjadi tumpuan jurugambar semasa hadir pada majlis perjumpaan dengan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Putra pada Isnin.
DR Mahathir menjadi tumpuan jurugambar semasa hadir pada majlis perjumpaan dengan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Putra pada Isnin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia