Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Selangor perkenan Azmin jadi menteri

-

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah telah memberi perkenan bagi Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda memberi perkenan itu selepas disembah maklum oleh Mohamed Azmin bahawa beliau bersetuju untuk menerima jawatan Menteri di peringkat Kerajaan Persekutua­n menerusi portfolio berkenaan.

Beliau berkata menteri besar membuat keputusan itu setelah mendapat penjelasan dan pengesahan daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai skop kerja dan bidang kuasa kementeria­n baharu.

“Mohamed Azmin, bagaimanap­un akan kekal memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor buat sementara waktu hingga tempoh peralihan kuasa kepada menteri besar yang baharu dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

“Dalam masa sama Mohamed Azmin perlu mengemukak­an senarai calon-calon Menteri Besar Selangor baharu untuk penelitian dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebelum lantikan menteri besar tersebut dilaksanak­an,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Munir berkata Mohamed Azmin akan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor sebaik sahaja Sultan Sharafuddi­n berkenan melantik menteri besar baharu.

Ia selaras dengan Undangunda­ng Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan Perlembaga­an Persekutua­n, katanya.

Pada Jumaat lepas, Dr Mahathir mengumumka­n senarai 15 menteri Kabinet termasuk menamakan Mohamed Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Mohamed Azmin, 54, yang juga Timbalan Presiden PKR mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua di hadapan Sultan Selangor pada 11 Mei lepas.

Beliau mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 23 Sept 2014.

Dua wakil rakyat Selangor yang disebut-sebut bakal menggantik­an Mohamed Azmin ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua Amirudin Shari dan ADUN Seri Setia Dr Shaharuddi­n Badaruddin.

 ??  ?? SULTAN Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah memberi perkenan Azmin Ali memegang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi selepas menerima sembah maklum Azmin yang bersetuju untuk menerima jawatan Menteri di peringkat Kerajaan Persekutua­n di Istana...
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah memberi perkenan Azmin Ali memegang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi selepas menerima sembah maklum Azmin yang bersetuju untuk menerima jawatan Menteri di peringkat Kerajaan Persekutua­n di Istana...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia