Utusan Borneo (Sabah)

Polis Kedah buka 37 kertas siasatan PRU14

-

ALOR SETAR: Polis Kedah membuka 37 kertas siasatan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bermula dari hari penamaan calon pada 28 April lepas hingga hari pengundian pada 9 Mei lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Zainal Abidin Kasim berkata dalam tempoh itu, sebanyak 171 laporan polis berhubung pelbagai kejadian turut dibuat.

“Daripada 37 kertas siasatan yang dibuka itu, sebanyak 19 adalah mengikut Kertas Enkuari Polis (KEP) berkenaan kesalahan dron dan insiden tidak dibenarkan mengundi, 11 kes berkaitan khianat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) dan dua kes dengan sengaja menyebabka­n cedera mengikut Seksyen 323 KK.

“Selain itu adalah masingmasi­ng satu kes membabitka­n penceroboh­an jenayah di bawah Seksyen 447 KK, Seksyen 506 KK iaitu ugutan jenayah, seksyen 505 KK (ugutan jenayah dengan sembunyi nama), Seksyen 435 KK (khianat dengan api), Seksyen 186 KK (menghalang penjawat awam dari menjalanka­n tugas),” katanya menerusi kenyataan di sini, pada Isnin.

Zainal Abidin berkata pada tempoh sama, polis turut melakukan tiga tangkapan iaitu dua lelaki berusia 24 dan 31 tahun bagi kesalahan berkaitan dron serta seorang lelaki berumur 46 tahun atas kesalahan menghalang penjawat awam daripada menjalanka­n tugas.

Beliau berkata semua kertas siasatan itu telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kedah bagi mendaparka­n arahan lanjut. “Polis Kedah mengucapka­n tahniah dan terima kasih kepada semua pengundi serta rakyat Kedah yang selama ini memberi kerjasama yang baik sehingga dapat mengekalka­n ketenteran awam di sepanjang musim PRU14 dan berharap ia berkekalan,” katanya.

Pada PRU14 lalu, Pakatan Harapan (PH) Kedah memenangi 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PAS dan Barisan Nasional masingmasi­ng memenangi 15 dan tiga kerusi DUN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia