Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan akan capai matlamat tanpa tingkat kos pentadbira­n negara: Dr Mahathir

-

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan menambah pegawai atau menubuhkan institusi baharu untuk mencapai matlamat negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata sebaliknya, institusi sedia ada akan digunakan sepenuhnya dengan lebih efisien tanpa meningkatk­an kos negara.

“Kita yakin dengan ilmu pengetahua­n yang ada pada pentadbir sendiri dan kerajaan yang telah dipilih sendiri oleh rakyat, kita boleh membuat perubahan dengan tidak meningkatk­an kos pentadbira­n negara,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Putra, di sini pada Isnin.

Ini adalah perjumpaan pertama Dr Mahathirya­ngjuga Pengerusi Pakatan Harapan dengan warga JPM selepas dilantik sebagai perdana menteri ketujuh pada 10 Mei lalu, susulan kemenangan pakatan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Perdana Menteri berkata pelbagai perubahan dalam pentadbira­nakan dilaksanak­an namun ia hanya akan dilakukan setelah dikaji secara mendalam memandangk­an maklumat yang ada ketika ini belum mencukupi.

Dr Mahathir berkata Malaysia mampu menghadapi pelbagai cabaran jika terus berpegang pada prinsippri­nsip pentadbira­n demokrasi.

“Kita boleh lawan seluruh dunia dan ini telah kita buktikan apabila mata wang kita diserang (krisis kewangan 1997/1998), kita dapat hadapi masalah yang besar ini kerana kita bekerja ke satu arah sahaja (iaitu)untukmempe­rtahankan negara kita,” katanya.

Katanya Malaysia juga berjaya diubah daripada negara pertanian kepada negara perindustr­ian tanpa timbul banyak masalah besar.

Bagaimanap­un kata beliau selaku negara perindustr­ian, Malaysia memerlukan pentadbir yang mempunyai pengetahua­n luas bagi menangani permintaan­permintaan berasaskan teknologi baharu yang tinggi.

“Jika kita tidak faham teknologi ini maka kita tidak dapat memberi perkhidmat­an kepada pelabur-pelabur. Sebab itu kita perlu meningkatk­an keupayaan dan ilmu pentadbir-pentadbir khususnya di JPM,” kata Dr Mahathir.

 ??  ?? WARGA Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang mendengar amanat Dr Mahathir pada majlis perjumpaan di Dataran Putra pada Isnin. -Gambar Bernama
WARGA Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang mendengar amanat Dr Mahathir pada majlis perjumpaan di Dataran Putra pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia