Utusan Borneo (Sabah)

Pembantah tuduh kerajaan mungkir janji

Polis didakwa serang pelajar semasa demonstras­i di luar kampus universiti Sabtu lepas

-

MANAGUA: Penduduk Nicaragua kembali semula ke jalanan dalam jumlah ribuan orang kelmarin bagi membantah apa yang mereka katakan sebagai pelanggara­n oleh kerajaan terhadap perjanjian kedamaian sementara selama dua hari yang dipersetuj­ui semasa rundingan damai yang diaturkan oleh pihak Gereja.

Pelajar di sebuah universiti di timur laut Managua mendakwa polis menyerang mereka semasa satu demonstras­i di luar kampus pada malam Sabtu di mana empat pelajar telah ditembak dan tercedera.

Polis menyatakan dalam satu kenyataan mereka telah mematuhi perjanjian kedamaian sementara itu, dipersetuj­ui semasa rundingan yang dianjurkan oleh Gereja Katolik antara kerajaan Presiden Daniel Ortega dan kumpulan pembangkan­g yang menuntut bagi peletakan jawatan beliau.

Tujuan perjanjian kedamaian sementara adalah untuk mewujudkan satu iklim yang lebih tenang dan membenarka­n siasatan mengenai kematian beberapa orang dalam masa sebulan bantahan antikeraja­an.

Penunjuk perasaan di Managua dan beberapa bandar utama lain membantah tindakan polis, yang dikecam sepenuhnya oleh rektor universiti, Telemaco Talavera.

Di Managua, penunjuk perasaan membawa bendera Nicaragua, mengetuk periuk dan meniup wisel untuk menyeru kepada Ortega dan isterinya, Timbalan Presiden Rosario Murillo, agar meletakkan jawatan.

Di sebalik ketegangan baharu, sesi ketiga rundingan telah dijadual untuk diadakan semalam.

Sementara itu, satu delegasi Suruhanjay­a bagi Hak Asasi Manusia Antara Amerika telah mula menyiasat kematian yang direkodkan oleh kumpulan hak asasi sejak bantahan meletus pada pertengaha­n April.

Beberapa pejabat dibuka oleh delegasi yang melawat di Managua dan pekan lain seperti Masaya dan Matagalpa telah dipenuhi pada hujung minggu dengan ahli keluarga kepada mereka yang terbunuh atau hilang, ramai daripada mereka yang menunggu selama beberapa jam untuk memfailkan aduan mereka.

“Saya berasa sangat sedih. Anak lelaki saya telah diambil daripada saya. Saya datang ke sini untuk melihat sekiranya (kematian beliau) telah disahkan,” Martha Mendoza, seorang pekerja di pejabat pendakwa raya negara, memberitah­u AFP sambil menangis.

Seorang lagi ibu, Guillermin­a Bracamonte, menuduh polis membunuh anak lelakinya berusia 19 tahun, yang telah datang dari sebuah kawasan luar bandar bagi mencari pekerjaan di ibu negara.

Pusat Nicaragua bagi Hak Asasi Manusia menyatakan bantahan, pada mulanya dilakukan oleh badan perubahan keselamata­n sosial, telah menyebabka­n 63 orang terkorban, lebih 500 lagi tercedera dan satu jumlah yang belum ditentukan telah hilang.

 ??  ??
 ??  ?? SEKAT: Seorang pembantah menyekat lebuh raya Pan-Amerika semasa demonstras­i terhadap kerajaan Ortega di Masaya, Nicaragua kelmarin. — Gambar Reuters
SEKAT: Seorang pembantah menyekat lebuh raya Pan-Amerika semasa demonstras­i terhadap kerajaan Ortega di Masaya, Nicaragua kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia